Wednesday, September 24, 2008

Biskut Raya

Assorted Cookies and Mini-Pastries Image: © Envision/Corbis Collection: EnvisionStandard RM

Ini bukan biskut kacang. Saja letak sebab gambarnya cantik.


Hampir semua kuih yang ditempah sudah sampai ke meja. Itu belum kira kuih muih yang disedekahkan kawan-kawan PR. Tapi dalam banyak-banyak hamper yang diberi, belum ada di temui kuih kegemaran.

Kuih yang ditempah pula kesemuanya kuih bergoreng dan ringkas, kerepek pisang dan simpul kasih.

Hajat hati hendak mencari biskut kacang tetapi tiada orang yang menjual. Kalau ada harganya mahal gilak kata orang Sarawak. Kononnya, harga tepung, minyak dan kacang naik menjejaskan harga. Kalau sebelum ini satu balang kecil 50 butir dapat dibeli RM16 sekarang menjangkau RM24. Adui.. mahal tu. Nak buat sendiri maklum sajalah.

Nampaknya tahun ini beraya tanpa biskut kacanglah kut atau kalau rajin, balik kampung nanti, singgah di pasar basah di Tanjung Rambutan tentu ada dijual, siap pakai timbang. Selain lemang dan ketupat, biskut kacang ini antara menu wajib di pagi raya. Laksa asam atau bihun sup juga antara menu wajib.

Kalau berhari raya di sebelah Thailand pula, laksa lemak mesti ada atas meja. Ketupat daun palas juga. Kadang kala ekstremnya makan ketupat daun palas sampai sarapan pagi raya ketiga pun masih menunya ketupat daun palas. Adui.. tang ini yang teman tak berapa nak gemor... :)

Teringat kenangan berhari raya di Kuching yang indah sekali dan tidak akan lupa tapi tak tahulah ada peluang tak hendak mengulanginya. Baju rayanya dipakai sampai seminggu, kuihnya penuh meja tapi semua kek lapis Sarawak, airnya mesti air gas. Waktu dulu tiada tradisi duit raya kecuali di kalangan ahli keluarga yang berhijrah ke Semenanjung atau kahwin dengan orang Semenanjung.

Dulu, tradisi ziarah menziarahinya meriah sekali. Dari rumah kawan-kawan sampailah ke rumah terbuka CM, habis kami redah. Sekarang, hanya boleh mengulang di mulut kenang-kenangan lalu.

Selain bermaafan dan kunjung mengunjung, sesekali hari raya lebih nostalgik dan indah apabila mengenang kisah sudah.


Selamat Hari Raya

4 comments:

Salina Ibrahim said...

Salam hari raya Fiza,
Ketupat daun palas selalunya hidangan wajib orang utara. Kalau pusing rumah jiran tetangga, pergi pula rumah mak bapak saudara, tetap jumpa ketupat daun palas. Banyak makan, letih dibuatnya sebab berlemak sangat. Tu sebab apabila beraya di utara, saya rindu pula pada ketupat nasi, sebab memang susah nak jumpa di sana.

hafizahiszahanid said...

Selamat hari raya Kak Sal,
Ha betul tuh... belah ipoh sini banyak jumpa ketupat nasi. Sejak berkahwin ni, baru kenal ketupat daun palas... heheheh

kiranajoe said...

kami di pantai timur pun bagai menjadi tradisi menghidang ketupat daun palas bila raya...yg bestnya, saper yg suka sedikit manis boleh pilih ketupat duan palas lemak..yg tawar pulak jika tak habis selepas berhari disimpan dalam peti ais, boleh pulak digoreng...

p/s: rindu ketupat daun palas buatan tangan ibu saudara yg meninggal dua minggu sebelum puasa..

hafizahiszahanid said...

oh gitu pulak kisahnya... tapi ketupat daun palas makan masa pagi raya ajelah best, lepas tu tak nak dah ... heheheh
Yg pergi iring doa semoga roh dirahmati, kenangan manis simpan dalam hati sebab semua orang akan dipanggil pergi...

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...