Tuesday, December 30, 2008
Yang Manis pada 2008
Apa yang manis pada 2008?
Secara peribadi, saya mencatatkan kemanisan tahun ini dengan memulakan niat untuk aktif kembali dalam dunia penulisan kreatif. Selepas meninggalkan Minggu Penulis Remaja 1994, saya sepi dan menyepi. Mungkin sebab jauh di Borneo waktu itu. Saya sempat bangkit dan menyudahkan dendam dalam dunia penulisan dengan kemunculan novel Noktah di Hujung Rindu terbitan Marshall Cavendish pada 2005. Namun, selepas itu saya terus merindu.
Apa yang manis pada 2008?
Emmm... manisnya apabila saya mulakan dengan cerpen di Nur pada Februari 2008 berjudul Doktor Cinta, April 2008 cerpen Gadis Kecil di sisipan Tunas Cipta Dewan Sastera, kemudian cerpen Untukmu Suamiku di Jelita, memeriahkan September tentunya Selamat Hari Raya Atilia di Wanita. Bertambah seri dan manis dunia penulisan saya apabila Ribut Salji di Tashkent terbit pada 4 Oktober di Berita Minggu. November 2008, cerpen Namanya Willem de Kooning di Tunas Cipta. Menutup tirai 2008, tentunya Menjadi Perempuan di Dewan Budaya, Disember.
Tahun ini bertambah manis apabila novel baru diterbitkan di Buku Prima Oktober lalu. Kemudiannya, menerima hadiah kewartawanan Majlis Aids Malaysia - Mercedes Benz 2008, juga Oktober lalu, ya... bagai merai ulang tahun kelahiran pula.
Terima kasih 2008 yang manis. Saya mengharapkan, mendoakan dan akan mengusahakan yang lebih manis untuk 2009 terutama dalam dunia penulisan kreatif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukan Wanita Biasa
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera. Mei 11, 2020 09:00 +08 | Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...
-
Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...
-
Isu yang dibawa dalam novel Perang Sangkil tulisan Akiya ini adalah isu yang sangat besar. Ia adalah kisah yang tercicir dalam put...
4 comments:
banyaknyer kenangan manis dia...semoganya terus manis...manis2 belaka :)
alhamdulillah... kemanisan itu memang manis.
emmm.. nantikan yang terbaru dr aku pertengahan 2009 atau ko nak complimentary copy ? heheheheh
Komen asal yang telah kita padam itu isinya begini...
Fizahanid,
Saya baru perasan...andalah penulis Ribut Salji di Tashkent.
Post a Comment