Thursday, January 29, 2009

Sensitifkah kita?


Saya melalui Lebuhraya Persekutuan setiap hari berulang alik antara rumah dan pejabat. Kelmarin, saya terpandang poster ini terpampang sangat besar dan jelas di kiri lebuhraya (kalau dari KL).

Saya terfikir di mana sensitiviti orang Malaysia atau lebih tepat LPF?


Kita mungkin tidak mampu memboikot semua produk Amerika dan Yahudi. Misalnya francais McD, KFC atau Coca Cola. Namun yang satu ini saya sangat pasti kita mampu untuk berbuat demikian.

Wednesday, January 21, 2009

Menjadi Mesir


Menjadi seorang manusia yang tidak berpendirian sungguh payah. Sungguh tidak bermaruah.Sungguh celaka kata mudahnya.



Menjadi seorang manusia yang bengis rupa dan bengis jiwa, menutup mata pada realiti sungguh hina, sungguh pendusta, sungguh celaka mudahnya.

Waktu kumpulan sukarelawan (yang suka-suka, yang tidak dipaksa, yang berhati, berjiwa dan merdeka) juga kumpulan media (yang bertugas, yang diarahkan, yang bergadai nyawa untuk sesuap nasi menyara keluarga dan ibu bapa) bersesak masuk ke Gaza, ada manusia yang menahan dengan seribu satu kerenah dan alasan.


Menjadi negara yang tidak berjiwa, tidak merdeka benar-benarlah tidak bermaruah dan sungguh tidak berdaya.

Bila khalwat bukan lagi memalukan ....


Khalwat dosa ke? Seorang kawan dengan muka 'bodoh-bodoh pandai' bertanya. Saya nak ketawa, tapi riak mukanya yang ala-ala macam Mr Bean tu buat saya jatuh kasihan.

" Yalah.. dosalah.. masuk neraka. "

"Tapi kenapa ada orang kena tangkap khalwat, kena charge kat court boleh berbaju sedondon dan langsung tidak rasa malu? Kalau tak bersalah kat dunia sebab dia mengaku tak bersalah, berdua-dua bukan mahram tu kan dah haram, dah dosa.. tak malu ke?"

O o... saya tak tau ....

Thursday, January 8, 2009

Mata Hati



Waktu kami tengahari, saya dan kawan sekerja bercakap tentang Gaza. Aneh, selepas bertahun-tahun dalam dunia kewartawanan, kami terasa 'nilai kemanusiaan' kami seakan sudah hilang.

Sudah tidak ada lagi rasa kasihan, sedih, tangisan setiap kali menyelak halaman akhbar yang penuh dengan imej nestapa dan derita.

Aneh sungguh bila melihat setiap gambar daripada aspek
news, estetika dan bagaimana setiap keping gambar itu bersuara.

Teruk betulkan?

Selepas makan, saya buka balik akhbar, saya cuba lihat setiap gambar dan setiap cerita melalui mata hati, mata seorang ibu dan seorang manusia. Betapa saya kadang kala tidak adil. Dunia kerja sudah merasuk dunia peribadi saya hingga sukar pula nak bezakan apa itu berita apa itu derita.


II


Anehkan bila orang Melayu lantang mempertahankan penggunaan bahasa asing dalam pengajaran sains dan matematik. Walaupun tujuannya murni (kalaulah..), tapi mengenepikan bahasa Melayu adalah tindakan yang paling besar.

Melalui bahasa itulah kita memiliki bangsa dan bangsa itu berjiwa. Apabila bahasa itu terpinggir, tiada lagi yang menghormati orang Melayu percayalah.. orang akan berhenti membaca akhbar bahasa Melayu (itu yang paling saya risau), mula memperlekehkan dan tidak membaca novel Melayu (sekarang pun sudah ada kecenderungan membezakan novel sastera serius dan novel sastera popular) kemudian tidak mustahil peranan DBP akan dipertikaikan dan mungkinkah satu hari ini kuasa monarki juga akan dipersoalkan?

Jadi, di mana Melayu?

Memanglah media memaparkan keputusan peperiksaan yang baik berkenaan dasar PPSMI. Tapi pernahkah mereka melihat jauh ke dasarnya? Melihat dengan mata hati.

Friday, January 2, 2009

Love You Anyway ...


Arggghhhh.... Boyzone back! Jangan marah Ben! Semalam aku menghadap tv (Astro Fiesta channel 808) menonton Boyzone kembali beraksi. Maaflah kalau gila sikit, tapi wow.. they make me feel i'm 16 ! Wah... wah... wah... bestnya!


Ok, mungkin aku terlebih-lebih kat situ .. hehehe tapi emmm.. bunyinya macam bebudak remaja pula. Tapi, aku membesar dengan lagu-lagu dari boy band beginilah, New Kids On The Block (tapi maaflah aku tak suka sangat lagu baru diorang tu, apa Summer ? eeiii) dan Boyzone, Take That dan Color Me Bad.

Ok, aku suka sangat bila Boyzone reunion dan tak sabar nak menanti Take That pula! Paling aku suka lagu Picture of You .. (Ben, kau setuju tak kalau aku cakap dalam video clip tu Ronan handsome tuh !!!) Tapi satu yang aku sangat perasan, mereka tu Manzone dah... bukan Boyzone!

"Oh, jadi inilah boyfriend tak jadi you?," hubby aku sesekali mengusik bila tengok
aku tersengih tak sudah menengok Ronan Keating.

"Ya... and i must say, u the lucky one," hahahahaha... cover line beb!





ini mestilah Ronan dan isterinya, Yvonne.

Selepas mereka berpecah lapan tahun lalu, masing-masing nak buat album solo, tapi seperti dijangka, hanya Ronan saja yang berjaya. Lagipun dalam ramai-ramai, Ronan saja yang bersuara jantan. Lain-lain alahai... terutama Stephen Gately tu.. alahai....

Love you anyway - single pertama selepas lapan tahun.

Tell me what you want from me
So I can try to make you see
That I’m in no position for giving
Cos’ all I see you do is lie
And I can’t help but close my eyes
And wonder ’bout you in my life
I’m drowning in your tears

I’m delirious
Are you serious?
What goes on in your head?
I’m just curious
Cos’ I’m hanging here
Got me dangling here
Think your love, oh your love has got off my head

It’s unbelievably hard to love you
But I love you anyway
I’ve been trying too hard not to love you
But I love you anyway

Thursday, January 1, 2009

Penghujung Musim Dingin



Selamat tahun baru, dalam dingin yang makin meminggir.
Selamat tahun baru, dalam rindu yang makin kelabu.
Selamat tahun baru untuk engkau dan aku.








Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...