Wednesday, December 25, 2013

Tahun Baru Bermula Dengan Lelaki Januari





Masa berubah, dunia berputar masihkah kita orang yang sama ? Tanya
pada diri, apakah kita mahu berpegang pada kenangan atau mahu terus
melangkah ke hadapan.
Hidup adalah perjuangan dan kitalah yang perlu berjuang untuk sebuah kehidupan.
Delaila Azilah percaya cinta itu penuh keajaiban. Dia percaya, jatuh
cinta bermaksud perlu untuk menjadi setia. Dia setia pada janji, setia
pada kenangan setia pada setiap puing rasa yang ada dalam jiwa.
Kepercayaan itu membuat dia lupa memandang hari depan. Lalu, esok
untuknya adalah hari-hari kelabu.
Hidupnya berwarna-warni sewaktu kembali mengimbau kenangan. Dia
berjuang atas kenangan dan ingatan. Di situ dia melihat sebuah
kebahagiaan dan di situ dia melihat Ali Syukri berada. Tapi masihkah
Ali Syukri insan yang serupa ?




Tuesday, December 3, 2013

Kamu !






Untuk kamu,
andai bahagia itu lari jauh darimu
tanyalah pada burung
bukanlah kelmarin kau berikan bahagia itu padanya
moga ia boleh terbang sejauh angkasa

kalau atmamu hilang getar waktu bertemu bahagia
tanyalah pada hujan
bukanlah kelmarin kau hanyutkan getar itu dalam derasnya
moga ia cepat menuju ke laut

kalau nanti kamu tidak mampu membuka mata
melihat luas angkasa dan terik matahari
tanyalah pada titis-titis halus di tubirnya
bukankah kamu membasahinya semalam-malaman
lewat hati yang patah

ah kamu, dia adalah perjuangan yang kecil
pilihlah menjadi manusia


* seorang sahabat akan sentiasa berada di sisi sahabatnya, seorang kawan akan berada bila-bila masa dia berkelapangan, seorang kenalan akan berada saat kamu bahagia. Betulkah itu ?

Monday, December 2, 2013

Lelaki Januari - Bab 6

Bab 6

Bagaimana untuk menjelaskannya? Mata sudah berpinar dan peluh mula merenik. Aku resah sendiri. Semua serba tidak kena, duduk, berdiri dan kemudian memilih untuk berbaring di ranjang.
  Tuhan, kesakitan yang datang mencengkam. Aku menutup mata, perut yang sakit dipegang kuat. Kalaulah genggaman tangan ini meredakan sakit yang datang dan pergi, Aku terfikir sendiri.
  Aku tidak pasti apakah masanya sudah tiba. Tapi kandungan baru mencecah tiga bulan. Masih terlalu jauh untuk masa melahirkan. Lalu, apakah kesakitan ini?
  Aku terasa peluh sudah membasahi dahi. Sakit yang ditanggung membuat aku merengkuk ke kiri dan ke kanan. Tapi sakitnya datang dan pergi. Sakit yang mencucuk, mencengkam dan bagai menarik semua urat saraf.
  Aku memikirkan perkara paling buruk ketika itu. Mungkinkah keguguran ?
 Selalunya, 14 minggu pertama kehamilan, keguguran biasa terjadi. Dan dari fakta yang Aku baca dalam 50 peratus kehamilan akan berakhir dengan keguguran.
   Lupakan statistik! 
  Aku tidak upaya mengingati kiraannya ketika ini. Lapan minggu atau 12 minggu? Atau lebih. Gagal mengingat detik akhir kunjungan ke klinik Dr Brosnan. Saat ini hanya ada kesakitan.
   Morning sickness membuat aku seakan tidak berdaya. Morning sickness ada kala membuat aku hilang upaya. Mulanya tiada morning sickness tetapi tidak lama Dr Brosnan itu mengesahkan kehamilan, ia datang dijemput.
    Morning sickness selalunya menandakan peluang untuk gugur agak rendah, kata-kata Dr Brosnan bergema-gema.
   Dalam sakit, aku terasa ada bendalir merah merembes. Aku panik. Sungguh panik. Semalam tompok merah yang sama ku kesan. Hari ini, ia datang lagi. Merahnya terang, garang. Aku cuba memujuk hati, mungkin semua ini masih normal. Mungkin betul tiada apa-apa berlaku. Mungkin baby bergerak, aku cuba menenangkan diri sambil jari jemari terus mengusap perut.
  Aku cuba bertenang. Cuba mengatasi panik dengan berbaring. Ali Syukri, entah di mana dia saat ini.
  Rasa sakit perlahan berkurang dan hilang.
  Pagi. Aku buka mata perlahan sebelum rasa sakit kembali menyerang. Sakitnya seperti semalam, sakitnya, tuhan sahaja yang tahu!
  Seperti semalam, terasa ada bendalir panas mengalir. Tompok-tompok merah itu kembali tapi kali ini ia berubah warna. Dari terang menjadi gelap dan makin gelap.
  Dan, perut kejang. Ya Allah ya tuhan, hikmah apakah ini?
  Peluh merenik di dahi. Hendak bergerak langsung tidak mampu. Saat aku teringatkan Ali Syukri sungguh-sungguh. Tetapi lelaki itu tiada di sisi.  Kelmarin aku merajuk panjang dengan Ali Syukri.
  Beberapa hari sudah, aku sudah  mengesan tompok-tompok merah dan saat itu hatiku sudah dihambat resah.
  Aku berharap pada Ali Syukri untuk meleraikan resah itu, untuk menjawab kerisauanku. Ali Syukri itu pelajar perubatan sepatutnya dia tahu, kalau tidak banyak sedikit pun jadi. Buat menyedapkan hati isteri.
   Namun waktu aku berkongsi resah tentang tompok-tompok merah dia hanya buat endah tak endah.
 “Biasalah tu..,” Ali Syukri masih berteleku pada buku tebal di hadapannya. Dia langsung tidak mengangkat muka.
  “Tapi awak, saya risaulah awak… ,”
  Ali Syukri masih kaku.
  “Awak…,”
 “Emmm…apa…,”
  “Saya risau..,”
  “Tak ada apalah..,” Ali Syukri masih tidak memandang aku yang berdiri di belakang.
  Aku jadi putus asa untuk bercakap dengan Ali Syukri. Dia bagai berada dalam dunianya sendiri. Dunia kampusnya. Dunia fakultinya. Dunia yang ada dia dan kawan-kawannya.
  Dan sejak dua hari lalu, Ali Syukri tiada di rumah kecil sewaan kami. Ali Syukri berada di Scotland mengikut kawan-kawan fakulti dan pensyarahnya menghadiri seminar perubatan. Seminar yang berlangsung dua hari.
  “Saya balik tiga hari lagi. Seminar tu dua hari, tapi sehari tu saya hendak ikut kawan singgah di rumah sepupunya,” Ali Syukri hanya sekali lalu memberitahu. Sambil itu tangannya laju melipat baju dan disumbat ke dalam beg sandang warna kelabu.
  “Saya rasa tak sihatlah awak.. awak perlu pergi ke ?,” Aku masih cuba meraih simpati. Sungguh, aku rasakan tubuhnya bagai ada yang tergendala sistemnya. Terasa bagai ada saraf dalam tubuh yang tidak berfungsi sebaiknya.
  Ali Syukri patutnya lebih tahu.. Ali Syukri patutnya lebih tahu.. hatiku mengulang-ulang ayat itu.
  “Kalau ada apa-apa call Kak Nadra.. ,” Ali Syukri acuh tak acuh masih. Beg sandang kelabu disangkut di bahu.
  Sesudah menghulur tangan, sesudah aku  menyambut salam dan dahi ku panas seketika disinggahi kucup bibir si suami, Ali Syukri berlalu pergi.
  Dari jendela kecil rumah jenis tudor tidak jauh dari kampus, aku melihat Ali Syukri melangkah masuk ke dalam sebuah kereta warna hitam. Dalam kereta itu aku sekilas melihat ada empat orang. Aku tahu, ada lelaki ada perempuan dalam kereta itu. Kawan-kawan Ali Syukri. Kawan-kawan fakultinya. Hati  dihambat cemburu.
   Aku juga melihat Wairah di dalam kereta itu. Wairah bukan pelajar perubatan. Wairah bukankah pelajar undang-undang? Mengapa dia ada di situ?
   Mata kami bertentang dan Wairah itu tersenyum seolah-olah mencapai kemenangan yang besar. Mengapa adakah dia berasa menang saat itu, saat Ali Syukri keluar meninggalkan aku untuk bersamanya dan kawan-kawan lain? Apakah itu definisi kemenangan dan senyuman Wairah?
     “Syuk..,” peluh mengalir seraya nama itu disebut. Rasa sakit mencucuk-cucuk datang. Ingatan pada Ali Syukri tidak berkurang. Kalaulah Ali Syukri ada di sisi.. kalaulah Ali Syukri ada di sini…
  Aku gagahkan diri. Nombor telefon Kak Nadra didail. Lama menunggu, Kak Nadra tidak mengangkat pun. Aku terasa sejuk sungguh. Terasa tubuhnya sudah kuyup dengan peluh.
   Adakah sudah tiba masa bersalin? Aku menghitung sendiri. Rasanya tidak. Kandungan masih dalam peringkat tiga bulan pertama. Masih jauh lagi perjalanan.
  Tapi mengapa contraction datang dan pergi sangat kerap dan seakan-akan merentap tangkai jantung? Ya Allah. Hanya tuhan yang tahu kesakitan ini.
  Dan kemudian, rasa sakit datang menekan. Pandangan jadi gelap dan terasa bahagian bawah tubuh sudah kuyup. Dalam hati, aku berdoa semoga Tuhan melindungi.
  Namun di sebalik doa itu, ada dendam tersimpan kalau terjadi celaka pada kandungan ini, sungguh aku tidak akan maafkan Ali Syukri! Tidak akan!
  “Kak Nadra..,” Aku hanya menyebut nama itu lemah sebaik talian di sebelah sana bersambut.
  “Laila..,” Kak Nadra dihujung sana  separuh panik.
 
*******************

  “‘Tiada apa boleh dibuat untuk mencegah keguguran jika ia mahu berlaku,’ Kak Nadra memujuk tenang. Tapi aneh aku melihat dia juga mengetap gigi dan riak wajahnya menzahirkan marah.
  Aku masih diam. Tiada kekuatan dan tidak berkeinginan juga hendak melayan perbualan Kak Nadra. Bilik yang kuhuni ini terasa sangat dingin. Aku menarik selimut.
  Selepas disahkan gugur, selepas menjalani proses  dilatation  and curettage (D&C) aku dimasukkan ke wad. Kata doktor untuk tempoh bertenang dan berehat, aku turutkan saja. Lagipun aku kira Ali Syukri sudah balik dari berfoya-foya dengan kawan-kawan fakultinya di Scotland.
  “Syuk ada call Laila?,” Kak Nadra bertanya. Aku diam. Dia langsung tidak menelefon sejak minit pertama masuk ke kereta bersama kawan-kawannya itu.
   “Dia tak call ?,” Kak Nadra mengulang tanya.
  “Tak.. Syuk cuma pesan sebelum dia ke Scotland kelmarin, kalau sakit lagi pergi ER kalau ia menjadi  sangat teruk atau darah tidak berhenti,” aku kalah akhirnya. Pesanan Ali Syukri yang satu itu kuat di ingatan. Dan pesanan itu yang aku khabarkan pada Kak Nadra.
    Aku terasa hidup ini kosong dan lapang. Tenang sesekali tidak. Benda kecil dalam perut yang sering ku elus sebelum lena sudah tiada lagi.
  “Laila masih muda. Boleh cuba lagi…,” Kak Nadra,  yang berusia 33 tahun itu memujuk lagi. Kak Nadra tinggal tidak jauh dari rumah kami. Dia pelajar PhD yang masih bujang.
  Lalu, aku tidak fikir dia memahami apa yang aku rasakan saat ini.
  “Scotland bukanlah jauh sangat pun.. kalau setakat hendak pergi memancing tu!,”
   “Memancing kak?,” aku memandang Kak Nadra tepat pada wajahnya. Kak Nadra berwajah terkejut – serba salah juga.
   “Memancing kak?,” aku mengulang tanya. Kak Nadra tidak menjawab. Riak serba salahnya makin jelas. Hatiku cuak.
   Kak Nadra berwajah serba salah.
  “Err… dia tak beritahu Laila?,”
  Oh Ali Syukri! Amarah ku meluap-luap.
 “Apa khabar?,” ada suara dari belakang. Aku memandang.  Ali Syukri tersenyum di sebelah Kak Nadra yang berwajah gelisah. Aku memalingkan muka. Rasa sakitnya hati belum surut.
  Bunyi derap tapak kasut Ali Syukri makin dekat dan dekat. Rasa sakit hatiku pula makin kuat dan kuat. Memancing? Fakta yang sebentar tadi terlontar dari mulut Kak Nadra membuat hati makin tidak tenang.
  “Laila sihat?,”
   Aku memilih untuk diam. Jika aku sihat, aku tidak akan terlantar di sini Ali Syukri ! Hati menjerit. Ruang jadi sunyi dan senyap sebelum Ali Syukri melontar tanya;
   “Laila marah ya?,”
  Adakah aku tidak berhak marah?
 “Laila.. saya minta maaf.. saya..,” Aku tutup kedua-dua telinga. Sungguh tidak mahu mendengar sebarang penjelasan.
  Kelmarin, Kak Nadra datang ke rumah hanya untuk mendapati aku sudah terlentang di lantai. Tumpah darah. Kandungan gagal diselamatkan. Aku keguguran.
  Waktu dimasukkan ke wad,  aku hanya ditemani Kak Nadra. Ali Syukri masih di Scotland. Hatiku mendidih. Aku sudah menjangkakan saat ini akan tiba. Aku sudah memaklumkan pada Ali Syukri tentang keadaan kesihatan ku. Tentang tompok-tompok merah darah, tapi Ali Syukri buat entah tak endah.
  Dan paling menyakitkan hatiku, bila aku menelefon Wairah  itu yang menyambut.    Seingat aku, pada Wairah sudah ku pesankan minta Ali Syukri menelefon semula. Namun hinggalah saat ini Ali Syukri tidak berbuat demikian.
  “Laila  gugur Syuk,” Kak Nadra memberitahu Ali Syukri, Kak Nadra berwajah sedih di sebelahnya.
   Kak Nadra itu bagai kakak sendiri. Kak Nadra itu pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional. Kami jadi akrab kerana rumah sewa yang berdekatan dan sikap prihatinnya bukan sahaja kepada kami tetapi kepada hampir semua pelajar dari Malaysia.
  “Laila sabar ya?,”
  Aku tidak mampu bercakap sepatah pun kata. Sakit di hati mengatasi kesakitan keguguran. Hanya tuhan yang tahu. Hanya tuhan yang tahu!
  “Laila tidak boleh salahkah Ali Syukri. Memang dia pelajar perubatan. Tapi dia bukan tuhan. Benda dah nak jadi.. jangan marah Ali Syukri. Tak baik. Dia suami,” Kak Nadra memujuk sejak tadi. Sejak awal aku dimasukkan ke wad.
   Aku terasa sebak. Dalam kemarahan meluap, air mata gugur. Aku mengesat sendiri. Suasana jadi sunyi dan senyap.
  “Kak Nadra tunggu di luar,” Aku terdengar bunyi keriutan pintu. Mungkin Kak Nadra merasa dia hanya kacau daun saja duduk di situ.
   “Laila, aku minta maaf.. ya, sepatutnya aku lebih prihatin. Sepatutnya aku lebih mendengar,” Ali Syukri mendekatiku. Berdiri di hadapanku dan cuba memujuk.
   Aku hanya diam. Air mata terus berlinangan. Entah mengapa hati jadi sebak sungguh.Aku memalingkan tubuh ke arah lain. Tidak sudi untuk menatap wajahnya. Dan kalau boleh tidak mahu juga mendengar suaranya.
   “Laila jangan buat aku begini, pandang wajahku Laila,”
    Aku memilih untuk senyap. Hati sedang marah, jika aku membalas kata-katanya, aku tahu nada suara tentu saja akan meninggi. Ku pujuk hati supaya sabar dan tenang.
  “Aku sudah minta maaf. Ya, aku pelajar perubatan… tapi aku bukan tuhan. Aku tidak mampu menjangkakan kemungkinan ini,”
   “Tapi aku sudah beritahu Syuk, aku sudah beritahu sejak awal. Ada tompok-tompok darah yang keluar dua hari sebelum keguguran. Malah aku sudah beritahu sebelum kau ke Scotland.. tapi kau tidak peduli..,”air mata makin laju. Sebak dalam hati tidak terbendung lagi.
  “Ya.. aku tahu. Aku minta maaf. Aku salah dalam soal itu. Aku minta maaf Laila… sungguh-sungguh…,”
   Aku diam. Air mata bagai memanaskan seluruh wajah. Ali Syukri diam. Dia cuba sekali lagi untuk berhadapan denganku, tapi aku pantas memalingkan tubuh.
  “Jangan begini Laila, beri aku lihat wajahmu.. beri aku belai wajahmu..,”
  “Tak payah, pergilah bersuka-suka dengan kawan-kawan fakulti.. itu lebih bagus,”
  “Laila…,” suara Ali Syukri lirih. Sedih. Aku mahu begitu. Aku mahu dia rasakan kesedihan dan kesakitan ini.
  “Kenapa Laila tak call saja, beritahu ? ,”
   “Call? Berapa kali aku call tapi tak angkat.. aku tinggalkan mesej tak balas.. dan kali terakhir aku call Wairah yang angkat. Kenapa… kongsi bilik dengan Wairah?,”
  “Astagfirullah hal azim, apa pulak kongsi biliknya. Kebetulan telefon ada padanya, dia pinjam hendak hubungi abangnya. Dia tidak pulangkan,”
  “Sungguhlah tu..,”
  “Laila, jangan prasangka.. kenapa tidak tinggalkan pesan pada Wairah?,”
  “Sudah tinggalkan pesan. Dia kata ha.. ok… tapi kau tak sampai pun..,”
   “Betulkah Laila ? Kalau kau pesan mesti Wairah dah beritahu.. tapi dia tak beritahu pun,”
  “Jadi dia tidak jujurlah,”
   “Jangan cakap macam tu Laila. Wairah gadis baik… dia tidak akan buat begitu,”
  “Jadi aku perempuan jahat? Aku menipu ?,”
   “Laila…,” suara Ali Syukri meninggi.
  “Pergi seminar atau memancing?,”
  Kali ini Ali Syukri tidak menjawab.
  “Pergi seminar atau memancing Syuk?,”
  Ali Syukri diam. Membuat hatiku makin panas. Membuat aku makin lemas.    Kemudian kami masing-masing memilih untuk diam. Sesungguhnya aku tidak mahu bertengkar dengan Ali Syukri. Aku tahu hukum hakam dan adab sebagai isteri.
  Namun, aku juga punya hak dalam hubungan ini.
  Kemudian, aku mendengar bunyi pintu dibuka dan derap langkah keluar. Ali Syukri memilih untuk pergi. Dan air mataku makin laju.


Sunday, December 1, 2013

Terokai yang baru !






“When words run dry,
he does not try,
nor do I.

We are on par.

He just is,
I just am
and we just are”

Lang Leav, Love & Misadventure


 
 

“tak ada yang lebih tabah
dari hujan bulan Juni
dirahasiakannya rintik rindunya
kepada pohon berbunga itu

tak ada yang lebih bijak
dari hujan bulan Juni
dihapusnya jejak-jejak kakinya
yang ragu-ragu di jalan itu

tak ada yang lebih arif
dari hujan bulan Juni
dibiarkannya yang tak terucapkan
diserap akar pohon bunga itu” 

 

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...