Tuesday, December 3, 2013

Kamu !






Untuk kamu,
andai bahagia itu lari jauh darimu
tanyalah pada burung
bukanlah kelmarin kau berikan bahagia itu padanya
moga ia boleh terbang sejauh angkasa

kalau atmamu hilang getar waktu bertemu bahagia
tanyalah pada hujan
bukanlah kelmarin kau hanyutkan getar itu dalam derasnya
moga ia cepat menuju ke laut

kalau nanti kamu tidak mampu membuka mata
melihat luas angkasa dan terik matahari
tanyalah pada titis-titis halus di tubirnya
bukankah kamu membasahinya semalam-malaman
lewat hati yang patah

ah kamu, dia adalah perjuangan yang kecil
pilihlah menjadi manusia


* seorang sahabat akan sentiasa berada di sisi sahabatnya, seorang kawan akan berada bila-bila masa dia berkelapangan, seorang kenalan akan berada saat kamu bahagia. Betulkah itu ?

2 comments:

imlan adabi said...

Lain macam je nada sajak ni

Hafizah Iszahanid said...

abang Imlan,
kadang-kadang kena jadi lain macam terutama untuk orang yang tak faham bahasa... hahahahah

p/s cukup sifat ke nak jadi sajak ni? saya main taram je .. :)

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...