Thursday, March 25, 2010

AKK disiarkan secara bersiri.



Andainya KuKembali di majalah Seri Dewi & Keluarga bermula April 2010. Selamat Membaca.


Tuesday, March 23, 2010

Hati Yang Parah & Ria di Pesta Buku

Sudah lama tidak menulis cerpen. Justeru, sudah lama saya berhenti melanggan beberapa buah majalah. Tahun ini tiada langganan baru. Saya hanya membeli di kedai, majalah mana terlintas di hati dan yang mana masih terjual waktu saya singgah di kedai mamak Yakin di Lucky Garden, Bangsar.

Minggu lepas, saya menerima cek menyebabkan saya terkejut besar. Jumlahnya memang sama dengan jumlah bayaran sebuah cerpen. Lalu saya tertanya-tanya punca rezeki saya kali ini.

Rupanya cerpen saya tersiar dalam majalah I keluaran Ogos 2009 dengan gambar depannya Barrack Obama. Saya menepuk dahi sendiri. Betapa saya cuai!

Di pesta buku ahad lalu, saya borong majalah I Ogos 2009 untuk menebus kelalaian sendiri. Tajuk cerpen itu "Hati Yang Parah" dan tiba-tiba saya terasa, hati saya memang parah... hahahahahah

II


Terima kasih untuk pembaca blog dan novel-novel saya yang sudi berkunjung ke booth Buku Prima ahad lalu. Terutama untuk Kucc dan geng dari Geng Kicap yang berbaju sedondon dan bertudung sedondon. (emm.. ada lebih, nak beli? hehehehe)

Terima kasih kerana sudi membaca karya-karya saya, memberi serba sedikit pendapat mengenai karya-karya itu dan sudi juga bertegur sapa. Saya ini tidak pandai bersembang pada awal perkenalan. Malulah konon.. nanti sudah kenal lama, tidak jumpa noktah pula.

Ada yang bertanya bila novel terbaru? Insya Allah.. sedang berusaha keras. Sasaran saya sebelum 2010 berakhir dan tentu saja Mia Khaidina menulis untuk Buku Prima :D


Saturday, March 6, 2010

There Is No Me WIthout You


Saya cepat tertarik pada buku ini. Selain harganya murah (emm.. saya beli dengan harga RM9.90 saja dan tertera di kulit belakang harga dalam pound adalah 11.90) buku ini ditulis oleh Melissa Fay Greene.


Buku ini buku lama, diterbitkan pada 2006. Kalau tidak silap ia pernah dinobat sebagai buku terbaik 2006. Justeru, mungkin ada di kalangan anda yang sudah khatam buku ini. Saya belum habis membacanya. Helaiannya pun belum puas dibelek, jadi belum ada ulasan yang boleh saya tuliskan.


Bagaimanapun merujuk pada blurb belakangnya, ia kisah tentang anak-anak Afrika yang menjadi yatim piatu kerana HIV/Aids.


Secara peribadi, saya pernah menulis mengenai HIV/Aids dan persepsi masyarakat dalam salah satu cerpen saya pada 2008. Bagaimanapun, cerpen itu tidak tersiar. Saya pun tidak pasti mengapa, cuma saya terfikir ia mungkin tidak mencapai piawaian majalah berkenaan. Saya sudah belek-belek cerpen itu kelmarin dan terfikir memberi nafas baru untuknya.


Tahun ini memang saya kurang menulis cerpen. Tahun ini azamnya, hendak banyak menghasilkan novel. Bagaimanapun, setakat ini ia masih tinggal azam... dan 2010 sudah masuk bulan ketiga.


Kawan-kawan, pinjamkan saya kekuatan? There is no me without you !

Wednesday, March 3, 2010

Buku, buku dan buku lagi !

pic from here




Pertengahan Mac ini, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula. Ha, datang jangan tak datang. Inilah masa hendak borong buku dengan banyak dan murah. Bukan sekadar novel tetapi juga pelbagai buku lain.


Tahun lalu, kerana ghairah melihat banyak buku (emmm.. saya ada elaun buku bulanan mencecah ratusan ringgit, jadi memang memborong macam 'dunia ini ana yang punya .. heheheh) saya terbeli buku yang sudah saya miliki. Bila balik rumah dan belek muka surat pertama, saya terfikir.. eh, macam pernah ku lihat? Memang pun, buku Said Zahari itu sudah saya khatam tiga tahun sebelumnya. Yang untung, sepupu saya Zulaikha, sengih saja bila saya sedekah buku itu padanya.


Tahun ini sebelum borong, harus kena semak dulu buku-buku dalam almari. Ada sesetengah buku dalam almari saya, masih baru.. belum pun buka. Sebabnya, saya cepat terpengaruh dengan blurb, cover yang cantik dan nama penulis itu sendiri.


Penulis pun macam ombak, ada pasang dan surutnya. Ada karyanya yang bagus ada yang kurang enak. Ada kala peningkatan usia pun pengaruhi bahan bacaan. Kalau dulu, saya gilakan seorang penulis ini. Novelnya, walaupun tidak banyak tetapi bahasanya aduh.. meruntun jiwa dan membelit sukma.


Hari ini, walaupun penulis itu masih memiliki sentuhan keromantisan yang sama, saya pula jemu membaca ayat jiwang karat begitu. Jadi, karyanya masih saya baca tetapi tidak selaju dulu. Mungkin saya sudah semakin tua... :D


Saya mahu cari Badar Sukma Bisu (betulkah tajuk ini? sebab dulu saya membacanya dan menyebutnya sepintas sebagai Debar Sukma Rindu.. hahahahah... jiwang jangan tak jiwang)


Tidak pasti adakah kali ini DBP sudah mengulang cetak. Tidak lupa ada beberapa buku yang memang saya terlalu ingin membelinya tetapi saya simpan dalam hati keinginan itu semata-mata hendak tunggu Pesta Buku. Kemudian, Alaf 21 turut serta dalam fenomena novel Islami, walaupun cover novelnya masih ada pengaruh komersial ala-ala novel popular. Tidak mengapa, ribuan langkah bermula dengan langkah pertama.


Sama-sama ke sana. Emmm.. Karangkraf, Buku Prima dan anak-anak syarikatnya menyewa dewan yang luas di tingkat bawah.. hehehhe... nak promo sikit.. saya ada di situ nanti bersama penulis lain. Hadir memberi sokongan dan berkenalan dengan anda yang sudi memberi sokongan juga pada penulis kecil macam saya.


Jumpa di Pesta Buku Antarabangsa KL nanti !

Monday, March 1, 2010

Janji


Saya sudah terlanjur berjanji. Sebuah manuskrip perlu siap menjelang Mei.Sepatutnya menyiapkan manuskrip itu tidak terlalu payah. Semuanya sudah siap terperam dalam akal hanya menanti masa untuk menjalinkan setiap patah kata menjadi baris ayat kemudian ayat menjadi perenggan.

Namun kali ini susah benar mahu menyiapkannya. Terasa susah seperti menyiapkan "Rawan" - manuskrip untuk Sayembara Fiksyen Sains dan Teknolgi UTM-Kumpulan Utusan (eh, apa khabar sayembara itu ya? :)

Banyak kali kerja-kerja penulisan saya terganggu. Banyak kali tertunda. Bukan sebab malas atau tiada mood atau tiada ilham, tetapi terganggu dengan isu-isu lain


Azam menyiapkan manuskrip menjelang Mei sangat besar, apatah lagi saya sudah mendapat jawapan atas semua gangguan itu. Janji mesti dikota.

Terima kasih tuhan.

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...