Saturday, March 6, 2010

There Is No Me WIthout You


Saya cepat tertarik pada buku ini. Selain harganya murah (emm.. saya beli dengan harga RM9.90 saja dan tertera di kulit belakang harga dalam pound adalah 11.90) buku ini ditulis oleh Melissa Fay Greene.


Buku ini buku lama, diterbitkan pada 2006. Kalau tidak silap ia pernah dinobat sebagai buku terbaik 2006. Justeru, mungkin ada di kalangan anda yang sudah khatam buku ini. Saya belum habis membacanya. Helaiannya pun belum puas dibelek, jadi belum ada ulasan yang boleh saya tuliskan.


Bagaimanapun merujuk pada blurb belakangnya, ia kisah tentang anak-anak Afrika yang menjadi yatim piatu kerana HIV/Aids.


Secara peribadi, saya pernah menulis mengenai HIV/Aids dan persepsi masyarakat dalam salah satu cerpen saya pada 2008. Bagaimanapun, cerpen itu tidak tersiar. Saya pun tidak pasti mengapa, cuma saya terfikir ia mungkin tidak mencapai piawaian majalah berkenaan. Saya sudah belek-belek cerpen itu kelmarin dan terfikir memberi nafas baru untuknya.


Tahun ini memang saya kurang menulis cerpen. Tahun ini azamnya, hendak banyak menghasilkan novel. Bagaimanapun, setakat ini ia masih tinggal azam... dan 2010 sudah masuk bulan ketiga.


Kawan-kawan, pinjamkan saya kekuatan? There is no me without you !

4 comments:

Bintang D'hati said...

Nk pinjam tang bahu ke tang betis kekuatan tu fiza? Kalau tang pinggang saye xblh bg..masih mencari pinggang yg ntah tercicir kat mana hehehehe. Mcm menarik je bunyi cerpen tentang hiv/aids,bidang saye tu huhuhu. Bg saye ada penulis yg menulis apa yg beliau nak sampaikan, ada yg menulis apa yang orang nak baca...jd bila tersiar@xtersiar...faham2 je la apa kehendak pihak penerbitan(agaknya la) . Apa2 pun teruskan menulis,fiza penulis yg bgs.

Fizahanid said...

Cik Bintang -
HIV/Aids tu memang kepakaran awak! Kita pinjam2 jer ye... :D
Hui.. tak baguih mana lagi.. baru nak belajaq kata orang padang besaq..
heheheh..

imlan adabi said...

buku ni pernahku baca. tak ada kekuatan seni... hanya karya popular... Plotnya bersahaja. cuba baca karya kafka atau neruda... ada nikmat di sana

Fizahanid said...

Abg Imlan,
Betul? Huh... lagi mahu habiskan dengan segera dan boleh kita bercakap tentangnya.
Kafka @ neruda.. emm.. nanti saya cuba.

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...