Tuesday, March 23, 2010

Hati Yang Parah & Ria di Pesta Buku

Sudah lama tidak menulis cerpen. Justeru, sudah lama saya berhenti melanggan beberapa buah majalah. Tahun ini tiada langganan baru. Saya hanya membeli di kedai, majalah mana terlintas di hati dan yang mana masih terjual waktu saya singgah di kedai mamak Yakin di Lucky Garden, Bangsar.

Minggu lepas, saya menerima cek menyebabkan saya terkejut besar. Jumlahnya memang sama dengan jumlah bayaran sebuah cerpen. Lalu saya tertanya-tanya punca rezeki saya kali ini.

Rupanya cerpen saya tersiar dalam majalah I keluaran Ogos 2009 dengan gambar depannya Barrack Obama. Saya menepuk dahi sendiri. Betapa saya cuai!

Di pesta buku ahad lalu, saya borong majalah I Ogos 2009 untuk menebus kelalaian sendiri. Tajuk cerpen itu "Hati Yang Parah" dan tiba-tiba saya terasa, hati saya memang parah... hahahahahah

II


Terima kasih untuk pembaca blog dan novel-novel saya yang sudi berkunjung ke booth Buku Prima ahad lalu. Terutama untuk Kucc dan geng dari Geng Kicap yang berbaju sedondon dan bertudung sedondon. (emm.. ada lebih, nak beli? hehehehe)

Terima kasih kerana sudi membaca karya-karya saya, memberi serba sedikit pendapat mengenai karya-karya itu dan sudi juga bertegur sapa. Saya ini tidak pandai bersembang pada awal perkenalan. Malulah konon.. nanti sudah kenal lama, tidak jumpa noktah pula.

Ada yang bertanya bila novel terbaru? Insya Allah.. sedang berusaha keras. Sasaran saya sebelum 2010 berakhir dan tentu saja Mia Khaidina menulis untuk Buku Prima :D


5 comments:

Bintang D'hati said...

Terkilan juga la xdpt jumpa fiza ari ahad kat pesta buku tu..tp kalau jumpa pun mesti fiza dah xkenal saye sebab..lemak2 saya byk dah lunyai dek dihimpit manusia2 yg teramat ramai kat pesta buku ari sabtu huhuhu.. Ikutkan hati memang nk je cubit manusia2 itu tp takut berita minggu ari ahad keluar tajuk berita 'SEORANG WANITA ANGGUN MIRIP ANGELINA JOLIE TELAH DIHEMPUK BERAMAI2 DI PESTA BUKU KERANA DITUDUH MEMBUAT GANGGUAN SEKSUAL!' saye xnk le glamour..rimas! Ekekekeke

Fizahanid said...

lawak ler tu.. konon ! tak pe, kalau wanita anggun mirip angelina jolie dihempuk akan ada lelaki sekacak brad pitt menyelamatkan dia ... huhuhuhu...

Bintang D'hati said...

Xnk la brad pitt...kalo paulo nutini ke dtg selamatkan...rela dihempuk! Huhuhu

kucc_aprilsnow said...

Fiza - seronok jumpa...cantiknya Mia Khaidina!terpegun saya...

look forward for the next book. Ate, jgn ler diperam lame2 idea tu ye..hikhik

Fizahanid said...

Huh.. cantik? adus..kenapa tak bagi tau masa tu? Kalau tak, teman belanja mike ipoh white coffee !

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...