Wednesday, March 3, 2010

Buku, buku dan buku lagi !

pic from here




Pertengahan Mac ini, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bermula. Ha, datang jangan tak datang. Inilah masa hendak borong buku dengan banyak dan murah. Bukan sekadar novel tetapi juga pelbagai buku lain.


Tahun lalu, kerana ghairah melihat banyak buku (emmm.. saya ada elaun buku bulanan mencecah ratusan ringgit, jadi memang memborong macam 'dunia ini ana yang punya .. heheheh) saya terbeli buku yang sudah saya miliki. Bila balik rumah dan belek muka surat pertama, saya terfikir.. eh, macam pernah ku lihat? Memang pun, buku Said Zahari itu sudah saya khatam tiga tahun sebelumnya. Yang untung, sepupu saya Zulaikha, sengih saja bila saya sedekah buku itu padanya.


Tahun ini sebelum borong, harus kena semak dulu buku-buku dalam almari. Ada sesetengah buku dalam almari saya, masih baru.. belum pun buka. Sebabnya, saya cepat terpengaruh dengan blurb, cover yang cantik dan nama penulis itu sendiri.


Penulis pun macam ombak, ada pasang dan surutnya. Ada karyanya yang bagus ada yang kurang enak. Ada kala peningkatan usia pun pengaruhi bahan bacaan. Kalau dulu, saya gilakan seorang penulis ini. Novelnya, walaupun tidak banyak tetapi bahasanya aduh.. meruntun jiwa dan membelit sukma.


Hari ini, walaupun penulis itu masih memiliki sentuhan keromantisan yang sama, saya pula jemu membaca ayat jiwang karat begitu. Jadi, karyanya masih saya baca tetapi tidak selaju dulu. Mungkin saya sudah semakin tua... :D


Saya mahu cari Badar Sukma Bisu (betulkah tajuk ini? sebab dulu saya membacanya dan menyebutnya sepintas sebagai Debar Sukma Rindu.. hahahahah... jiwang jangan tak jiwang)


Tidak pasti adakah kali ini DBP sudah mengulang cetak. Tidak lupa ada beberapa buku yang memang saya terlalu ingin membelinya tetapi saya simpan dalam hati keinginan itu semata-mata hendak tunggu Pesta Buku. Kemudian, Alaf 21 turut serta dalam fenomena novel Islami, walaupun cover novelnya masih ada pengaruh komersial ala-ala novel popular. Tidak mengapa, ribuan langkah bermula dengan langkah pertama.


Sama-sama ke sana. Emmm.. Karangkraf, Buku Prima dan anak-anak syarikatnya menyewa dewan yang luas di tingkat bawah.. hehehhe... nak promo sikit.. saya ada di situ nanti bersama penulis lain. Hadir memberi sokongan dan berkenalan dengan anda yang sudi memberi sokongan juga pada penulis kecil macam saya.


Jumpa di Pesta Buku Antarabangsa KL nanti !

5 comments:

Nissa' Yusof said...

salah lagi tu, kak. Bedar Sukma Bisu.

akak ada 'sesi bertemu peminat' nanti? bolehlah datang minta autograf :)

Bintang D'hati said...

( tengah goncang tabung sambil mencongak jumlah isinya hehehehe)

Fizahanid said...

Nissa,
Hahah.. ate yong gituler.. berputor lidah nyebutnya.
Ha, nak autograf... kita malulah ! :D

Cik Bintang,
Hep.. banyak tu.. duit syiling tu kalau dikira-kira boleh beli banglo tu...

kucc_aprilsnow said...

hari apa ada disana, senang ler teman nk serbu deme...hehehe

Fizahanid said...

Cik Kucc...

Alahai... malu pulak rasa teman bila sebut serbu :D
Ate, teman baru dpt jaduei tadi, pukui 11am-2pm, 21 mac, insya allah.

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...