Tuesday, February 18, 2014

Fiksyen sains



Menulis fiksyen sains untuk saya sangat susah. Saya pernah mencubanya pada 2011 dan memang sangat payah untuk menyudahkannya. Mujurnya, manuskrip itu memaut hati juri dan menerima saguhati Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Kumpulan Utusan-UTM.

Susahnya, kerana saya tidak bernafas dan berfikir sebagai saintis. Mujurnya juga saya punya pengalaman menulis berita dan rencana sekitar sains dan teknologi selama sebelas tahun.

Kali ini, apabila Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Kumpulan Utusan-UTM membuka pintu seluas-luasnya, hati teringin sangat ingin menyertainya tetapi akal mengingatkan kepenatannya.

Untuk penulis yang berani mengharung sayembara ini, tahniah didahulukan. 


Tuesday, February 4, 2014

Manuskrip Belum Bertajuk.


Bagaimana untuk memulakan kata-kata, kalau kita sebenarnya tidak tahu di mana cerita bermula? Dalam hati, terasa seluruh jiwa sebenarnya sudah terjerut dengan rasa,  tapi aneh hingga saat ini tidak tahu apa sebenarnya rasa itu.

Kepala terasa berpinar-pinar dan hati bagai sudah hancur berkeping-keping. Kesedihan dan seorang aku, bagai sudah menjadi satu. Aneh, waktu melihat kipas berputar-putar di siling, terasa tubir mata sudah hangat. 

Manusia mudah saja tersentuh hati apabila usia sudah melewati 30-an. Dan aku, seorang lelaki perkasa sudah bisa menangis kerana hati yang tersentuh.

Semuanya kerana kamu, ya kamu!


*

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...