Wednesday, December 17, 2008

Menjadi Perempuan

MENJADI PEREMPUAN
Oleh: Hafizah Iszahanid

Lelaki khusyuk merenung pergerakan tarian penuh gemalai gadis. Langkahnya pendek, tertib dan sesekali seakan melayang mahu tumbang. Namun, percayalah setiap langkah itu menerbitkan kesan erotik dan keasyikan yang sukar Lelaki jelaskan.

Waktu baju sutera yang menutup tubuh si gadis ditiup angin, Lelaki itu mula membayangkan keperempuan si penari. Kaki kecilnya yang kelihatan tirus dibalut kemas dengan kasut sutera bertenun.

Kasut merah bermanik itu melengkapkan lagi tariannya. Waktu gadis itu berhenti menari, Lelaki tersentak. Senyumnya mati. Menarilah lagi, dia menitahkan. Gadis itu menunduk dan terus menghayun langkah menari dengan kaki kecil bersaiz tiga inci. Dan setiap kali kaki itu bergerak, Lelaki itu tersenyum panjang. Dia menghela nafas dan mengusap dada kali dan berkali.

“Tidak sempurna sifat seorang perempuan di negara ini jika kakinya tidak tirus seperti kuntum teratai dan tidak besar lebih dari tapak tangan,”

- Nikmati Menjadi Perempuan di Dewan Budaya, Disember 2008.

4 comments:

aranam said...

Tahniah!

ennieva fauzi said...

menjadi perempuan kadangkala menyesakkan!

hafizahiszahanid said...

Aranam,
Terima kasih :)

Ennieva Fauzi,
Hehehehehhe.... itulah Menjadi Perempuan.

kiranajoe said...

Menjadi perempuan juga penuh cabaran..kerana itu yang menghuni neraka ramai perempuan...;p

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...