Thursday, January 8, 2009

Mata Hati



Waktu kami tengahari, saya dan kawan sekerja bercakap tentang Gaza. Aneh, selepas bertahun-tahun dalam dunia kewartawanan, kami terasa 'nilai kemanusiaan' kami seakan sudah hilang.

Sudah tidak ada lagi rasa kasihan, sedih, tangisan setiap kali menyelak halaman akhbar yang penuh dengan imej nestapa dan derita.

Aneh sungguh bila melihat setiap gambar daripada aspek
news, estetika dan bagaimana setiap keping gambar itu bersuara.

Teruk betulkan?

Selepas makan, saya buka balik akhbar, saya cuba lihat setiap gambar dan setiap cerita melalui mata hati, mata seorang ibu dan seorang manusia. Betapa saya kadang kala tidak adil. Dunia kerja sudah merasuk dunia peribadi saya hingga sukar pula nak bezakan apa itu berita apa itu derita.


II


Anehkan bila orang Melayu lantang mempertahankan penggunaan bahasa asing dalam pengajaran sains dan matematik. Walaupun tujuannya murni (kalaulah..), tapi mengenepikan bahasa Melayu adalah tindakan yang paling besar.

Melalui bahasa itulah kita memiliki bangsa dan bangsa itu berjiwa. Apabila bahasa itu terpinggir, tiada lagi yang menghormati orang Melayu percayalah.. orang akan berhenti membaca akhbar bahasa Melayu (itu yang paling saya risau), mula memperlekehkan dan tidak membaca novel Melayu (sekarang pun sudah ada kecenderungan membezakan novel sastera serius dan novel sastera popular) kemudian tidak mustahil peranan DBP akan dipertikaikan dan mungkinkah satu hari ini kuasa monarki juga akan dipersoalkan?

Jadi, di mana Melayu?

Memanglah media memaparkan keputusan peperiksaan yang baik berkenaan dasar PPSMI. Tapi pernahkah mereka melihat jauh ke dasarnya? Melihat dengan mata hati.

3 comments:

Unknown said...

Ayuh kita beramai-ramai menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

hafizahiszahanid said...

Anuar,
Ya, marilah beramai-ramai.
Bagaimana tempat baru?

Unknown said...

Ayat di atas diambil daripada lagu Bahasa Jiwa Bangsa. haha.

Di tempat baharu; semakin banyak kerja. Itu sudah tentu.

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...