Monday, February 23, 2009

"bibik mahu cuti bu...,"



Bermula esok, saya akan kembali bertungkus lumus mengemas seluruh rumah, menyiapkan hidangan pagi dan malam, membuang sampah, mengosok baju, mop lantai, cuci tandas, cuci longkang, lipat baju, menyusun buku-buku ditambah dengan kerja-kerja lazim mengajar Adib dan Azra membaca, menulis serba sikit, memasakkan makanan istimewa untuk hubby dan tentunya menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah habis di pejabat.

Aduh... bibik ku cuti untuk sebulan, mahu pulang Bandung sudah dua tahun tidak ketemu keluarganya..

Ya, dan yang akan pening untuk sebulan adalah saya dan hubby. Inilah, kalau sudah terbiasa dengan bibik, bila bibik tiada mula garu-garu kepala.

Oh, di mana harus saya mulakan ...


9 comments:

Anuar Manshor said...

Anggap sahaja sebagai senaman. Tentu puas melihat rumah bersih hasil kerja tangan sendiri. :)

najibah said...

Hafizah,

Saya sebelum ini tidak berpembantu, kemudian adik ipar datang hampir sebulan ke rumah jaga si kecil. Minggu depan dia akan balik, pun garu-garu kepala juga :).

Fizahanid said...

Anuar,

Ya, memang satu senaman. Senaman jiwa... sabar ... :)

Najibah,

Hahahahaha... mari kita bergaru

singamaraja said...

Singamaraja melawat anda

Nazmi Yaakub said...

uih.. kalo laa bibik tu betul2 mcm bibik dlm gambar tuuuuuu :))

Fizahanid said...

kalau betul, awak nak berjiran dgn saya? hehehehehe

Nazmi Yaakub said...

kalo betul, buat apa berjiran. bawak lari bibik terus.. hahha

kiranajoe said...

saya yang tiada anak, tiada suami hanya ayah seorang di rumah pun tidak sempat hendak berkemas, memasak saban hari.

all the best to u lah..heheheheh

Fizahanid said...

Nazmi,
salah satu etika berpantang 100 hari adalah SABAR... huhuhuhu

Kiranajoe,
awak tak nak hantar resume ke? ahaks..

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...