Thursday, March 26, 2009

Dalam Dakap New York

Boy Looking at Statue of Liberty National Monument: Tim Pannell/Corbis.

Ini bukan cover majalah Jelita April 2009.

Namun, saya letak gambar ini sebagai hiasan. Terima kasih untuk sidang editorial Jelita kerana menyiarkan cerpen saya. Terima kasih daun keladi.

Dan terima kasih juga untuk seorang teman lama yang sudi e-mel pada saya memberitahu tentang siaran cerpen ini. Kalau tak, mesti saya pun ter'miss'. Maklumlah, sibuk mengikuti perhimpunan di PWTC, ehem.. ehem.. lintas langsung dari pejabat jer..

Nikmati kisah ' Dalam Dakap New York ' kisah perjuangan yang tidak kesampaian, kisah seorang lelaki yang patah semangat dan kisah perjuangan wanita yang terpatah oleh emosi.

Untuk versi warna warni dan cantik berseri, jangan lupa dapatkan Jelita April 2009 dengan muka depan Datuk Sheila Majid. Untuk versi penulisnya, beberapa perenggan ini untuk dinikmati.


Dalam Dakap New York.

Oleh: Hafizah Iszahanid


“Sudah 26 tahun, tapi dada saya masih mendidih bila teringatkan Zaynab,”

Suara Abbas pecah-pecah. Menahan sebak. Camar yang terbang rendah, riuh berbunyi seakan mengiyakan keluh Abbas.

“Saya masih ingat renungan Zaynab yang penuh air mata. Mulut kecilnya menyebut umi.. umi.. tapi saya hanya mampu menyorok di belakang gumpalan guni berdoa mereka tidak nampak saya,”

Mata Abbas berair. Saya diam, mendengar dan cuba masuk ke dalam hatinya. Ke dalam perasaannya. Saya sudah kerap berkongsi kisah duka Abbas, anak kelahiran Kem Sabra Shatila, Barat Beirut.

Namun, setiap kali dia bercerita tentang Zaynab, matanya sentiasa basah, seperti mana hati saya juga. Hanya manusia yang tidak ada hati, tidak akan basah matanya bila melihat adik kandung berusia empat tahun disembelih si Israel laknat.

Kata Abbas, waktu itu ibu dan ayahnya sudah dahulu disembelih. Bergelimpangan di tepi kaki Israel laknat dengan tangan masih bergenggaman. Abbas yang berusia tujuh tahun, menjadi saksi kekejaman itu dibalik gumpalan guni.

Ya, saya tahu mengapa Abbas tidak berupaya menyelamatkan Zaynab. Abbas tidak punya banyak pilihan. Di luar bunyi jeritan, tembakan dan tangisan bergaul menjadi neraka.

Dan, selepas tragedi penghapusan etnik itu tamat, Abbas menyusup terbang ke New York, mengikut seorang kenalan bapanya. Sejak itu hingga ke hari ini, Abbas mengaku dia sukar melelapkan mata. Zaynab kerap datang dalam mimpinya.

“Walau di mana aku, Sabra dan Shatila sentiasa dalam doa. Aneh, dunia menerima Sharon si penyembelih sebagai Perdana Menteri,”

“Dunia tidak terima Abbas, saman di Mahkamah Agung Belgium itu buktinya. Mana tahu, mungkin Ehud Olmert …,”

“Mungkin apa? Jangan mimpi yang indah-indah dengan Israel… dunia ini sebenarnya hanya ada satu kuasa dua negara, Zionis, Israel dan Amerika,”

Abbas menyepak kulit kerang kecil hingga tidak ketahuan arah. Pantai Manhattan sudah terik di panah matahari. Saya mengusul untuk pulang, tetapi Abbas enggan. Dia duduk di atas batu menghadap ke rumah-rumah agam di tepi pantai.

“Kamu tahu Manhanttan ini syurga Yahudi?,”

9 comments:

aranam said...

....Terbayang-bayang dan terus membayangkan sambil mata berpindah dari satu perkataan ke perkataan yang lain...oops! terputus sebelum sampai di pertengahan jalan. Jalan mati rupanya...

Tahniah! :)

Fizahanid said...

Hahaha... maaflah...
Ini promo utk majalah yg sudi menyiarkan cerpen saya :) terima kasih.

aranam said...

Hehehe...tidak mengapa, saya faham. :)

Fizahanid said...

Aranam,

Boleh saja die-mailkan versi sepenuhnya, tiada masalah.

aranam said...

Fizahanid,

Terima kasih :)

Saya amat menghargai kesudian anda untuk mengirimkannya. :)

D'Rimba said...

Syabas dan tahniah tidak terhingga atas cerpen hebat saudari. Mungkin lepas ini kena segerakan tulis tajuk "Dalam Genggaman Barat" pula sempena mereka yang amat mengagumi dan tersihir dengan acuan barat belaka bahasapun nak ke barat nampak gayanya

Fizahanid said...

Aranam,

Boleh.. boleh...

D'Rimba,

Terima kasih. Saya jengah blog anda, amboi cantiknya susun atur setiap gambar. Ada jiwa !

Isma Ae said...

Oooo, menarik cerpen ini. Saya akan baca.

Fizahanid said...

Isma Ae,

belum tentu.. baca sampai habis baru tahu... :)

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...