" Azlin pantas memecut, Satria Neo pantas juga mengekori, dalam gementar dan dalam kelam kabut, Azlin tidak langsung terlihat lampu trafik berwarna merah menyala di depannya. Sebuah kereta datang dari kanan, Azlin tidak sempat mengelak.
Brek bergesel kuat. Bunyi mengigit telinga. Dentuman mengapung bau darah. Noktah.
“Apa yang kita ada di sini?,”
“Perempuan Melayu, 29, kemalangan kereta. Dikhuatiri retak leher,”.
Tuhan, tolong aku tuhanku. Aku mahu terus hidup. Aku mahu terus melihat dunia. Aku mahu mengotakan janji yang terikat.
Jururawat bergegas pergi. Darah memenuhi stretcher. Ruang kecemasan kelam kabut. Jururawat berkejaran.
Tuhan, mengapa panas terasa seluruh tubuh? Tuhanku mengapa aku gagal membayangkan wajah Marc? Ayah, ibu.. aku mahu menatap wajahmu.
Mata sedikit terbuka. Darah memenuhi hampir seluruh muka. Rambut hitam sudah melekat antara satu sama lain kerana bauran darah. Mata kembali tertutup. Stercher ditolak ke bilik pembedahan dengan laju. Beberapa pesakit lain memandang kehairanan.
Bunyi denyut nadi memberi harapan. Doktor Izuan memeriksa luka. Doktor Hafiz bergegas datang. Dia memandang perempuan Melayu yang terkulai.
“Doktor, Melayu, 29, kemalangan kereta, spinal injury,”
Doktor, tolong saya.. saya mahu terus hidup. Saya cukup kuat untuk mengharung segala dugaan yang datang. Doktor, tolong saya.Tolong.. saya tidak mahu pergi dalam keadaan begini."
* Ini sebahagian kecil manuskrip novel ketiga yang sudah siap tetapi belum lagi dihantar kepada penerbit atas alasan mahu 'touch up'. Maaflah, tiada idea untuk menulis blog kebelakangan ini. Banyak sungguh perkara yang merunsingkan hati dan meminta tumpuan. Dan tidak lupa credit gambar untuk kawan blogger yang memberi .
Mahu baca seterusnya? Nantikan kehadirannya di pasaran Insya Allah sebelum berakhirnya 2009. Tajuknya? Belum ada lagi, mahu beri cadangan?
5 comments:
Wah, sudah novel ketiga rupanya!
Petikan itu mewakili seluruh novel? Debar itu turut saya rasa, dan tidak lupa...terima kasih Hafizah. :)
Siapa penerbitnya?
Aranam,
Ia sebahagian kecil saja. Mana boleh paste byk2 nanti hilang seri :)
Anuar Manshor,
Emmm... bukan PTS! hehehe
Ye lah..bila nak ada di pasaran ni?
Kak chik,
kelak akan diberitahu :)
Post a Comment