
Tahniah ya tuan puan, kerana sudah sah mendapat PM baru.
Tahniah juga kepada mereka yang percaya pada teori R.A.H.M.A.N, walaupun rasanya ia kebetulan.
Tahniah kepada pejuang kebebasan mutlak dan demokrasi kerana 13 tahanan ISA termasuk Hindraf dibebaskan. ISA juga dikatakan akan dikaji semula.
Tahniah kerana penarikan semula larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan.
Tahniah juga kerana selepas ini, suara anda mungkin didengar atas manifesto, tiada seorang pun akan dipinggirkan.
Tahniah juga kerana sedikit sebanyak kita juga tahu sifat kepimpinan itu diwarisi secara genetik.
Tahniah kerana tiada slogan 'bekerja bersama saya'
Secara peribadi saya sangat suka dengan kata-kata PM baru, " Satu Malaysia, Rakyat
didahulukan, Pencapaian diutamakan" . Dan ia sesungguhnya bermula dengan kita sebagai warga Malaysia.
Kerana itu, tahniah juga kepada Tun Dr Mahathir yang kembali ke pangkuan Umno.
2 comments:
harap harap gitulah ye!
mudah-mudahan lepas ni tak ada yg terus tertidur lah!
Kak lily,
Doakan yg terbaik.. jenuh dah kita mengumpat PM ke 5 .. hahahahahah
Post a Comment