Tuesday, May 19, 2009
Menangis Tidak Berair Mata
Sudah dua hari saya sungguh-sungguh tertekan. Sebabnya, laptop saya sudah ‘hancus’ dan tidak dapat diselamatkan.
Saya memang simpan kebanyakan data dalam thumb drive. Tetapi ada satu rangka novel yang semua bahan sudah ditaip tetapi belum dicantum-cantum menjadi ayat yang terlupa hendak disimpan dalam thumbdrive.
Allah jua yang tahu betapa kecewanya saya!
Rangka novel itu kononnya hendak dihantar ke satu sayembara. Saya sudah duduk berbincang dengan mereka yang sepatutnya waktu pertemuan di Pesta Buku dulu. ‘All the do and dont’s’ sudah saya senaraikan dan taip elok-elok.
Kemudian, saya tidak sentuh laptop dua hari sebab tergesa-gesa balik ke Ipoh. Apabila hendak menaip semula, ya Allah.. tak boleh langsung.
Dua orang pakar yang saya rujuk memulakan ayat begini, ‘kak.. laptop jenis ini dah lama. Spare part pun tak ada dah. Hard disknya tak boleh dibaiki,”
Dan bahagian yang paling saya sedih mendengarnya, ... semua fail tak dapat diselamatkan! Aduh.. ia ibarat kisah drama Melayu babak hero/heroine masuk hospital sebab sakit teruk dan doktor keluar bertemu ahli keluarga atau kekasih hero/heroine ... maaflah kami dah cuba sedaya upaya tetapi tak dapat diselamatkan.
Hendak menangis tetapi tidak berair mata. Inilah dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukan Wanita Biasa
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera. Mei 11, 2020 09:00 +08 | Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...
-
Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...
-
Isu yang dibawa dalam novel Perang Sangkil tulisan Akiya ini adalah isu yang sangat besar. Ia adalah kisah yang tercicir dalam put...
6 comments:
Aduh, Hafizah!
Nampaknya, terpaksalah buat semula. Besar dugaan untuk sayembara tu.
Aranam,
ya, sangat besar sebesar kecewa.. arghhhh.. rasa nak jadi hulk!
Kalau Hafizah jadi Hulk...kalau ada orang yang tak nak lari...itulah aranam...jangan hempuk dengan kereta tau... :)
argh....memang betul tu..menangis tak berair mata.. nasi sudah lebih daripada menjadi bubur...hehe..bukan berniat nak menyeksa batin awak, tapi kita sudah melaluinya...tak tahu nak describe macam mana...so apa-apa pun peringatan untuk kita, setiap kata-kata yang kita taip adalah berharga dan cepat-cepat save ke dalam thumbdrive..walaupun sepotong ayat kerana yang sepotong itulah akan bercambah menjadi berjuta aksara...ampun ya...nasihat percuma di pagi hari...jangan lupa program kita sabtu ni...hik!
Saya memang sangat memahami perasaan orang yang kerosakan komputernya; makan tak lalu, tidur tak basah, tidur tak nyenyak, siap mengigau lagi~~~ pengalaman...
Aranam,
Hey, patut lari.. jgn tunggu. kalau saya jadi hulk sekneke benda saya hempuk tau!
p/s sekneke tu bahasa perak, maksudnya lebih kurang 'semua'
Kak Chik,
Argghh... betul betul betul.. sedih teramat ni. Sabtu ni on, tapi saya menanti satu tugasan. kalau boss kata ok, saya nak p KK tapi jumaat will be back.
Anuar,
Ya sungguh bagai dikata. Frust bercinta pun tak begini sakit.. hahahahah
Post a Comment