Friday, May 8, 2009

Menulis Penuh Romantis

Photo: Corbis









Kerap kali kenalan bertanya kepada saya, bagaimana merangkai kata menjadi cerpen dan dari mana mendapat idea.Dan kerap kalinya saya senyum pada soalan itu. Sebab saya tiada jawapan. Bukan sombong bukan ego bukan semua itu. Saya sungguh, saya tidak tahu bagaimana hendak jawab pada soalan itu.

Namun, apabila terlalu kerap ditanya saya memikirkan apa jawapan yang tepat. Saya mulakan dengan membaca. Sebenarnya saya tidak suka dengan idea ‘memerhati’. Saya lebih selesa dengan membaca dan membaca dan membaca. Sebab, pembacaan yang banyak akan berkumpul dalam memori dan kemudian apabila tiba masa mencurah pada bentuk cerpen, ia akan melancarkan lagi penghasilan karya itu.

Saya selalu membayangkan menghasilkan karya seni seperti cerpen dan novel adalah seperti melukis di kanvas. Penatnya sama, ideanya sama cuma medium lontaran idea itu berbeza. Dulu, kalau hendak melukis, saya mesti bersunyi-sunyi. Duduk sendirian, pegang warna, tegangkan kertas dan lukis entah hapa-hapa.

Saya kurang berbakat melukis, sekadar bolehlah.. namun, prinsip melukis itu saya bawa waktu menulis. Bersunyi-sunyi. Malam, pagi, petang tidak jadi masalah. Kadang kala waktu lunch hari Jumaat itu jadi, kalau idea sudah mengetuk-ngetuk minta keluar dari kepala. (Sebab pejabat sunyi, ramai orang ke masjid dan ke Mid Valley)

Waktu saya di bengkel MPR, Dr Rahman Shaari pernah memberitahu, dapat idea peram dulu sampai masak. Lepas itu tulis, simpan kejap, baca balik edit. Begitulah lebih kurang. Sebab pandangan kita hari ini mungkin tidak sama dengan pandangan hari esok. Kadang kala menulis terkejar-kejar, karya yang tercerna juga plotnya terkejar-kejar!

Dulu, saya sungguh sukar untuk mengembangkan idea menjadi novel. Saya pernah bertanya pada rakan se-MPR dulu bagaimana dia menghasilkan novel sulungnya. Dan dia memberikan tips berkajang-kajang. Tips itu saya simpan (waktu saya minta pendapatnya sekitar tahun 1995) selama 10 tahun, hanya pada 2005, novel pertama saya terhasil.

Dan, apabila novel pertama terhasil, saya sudah ‘ligat’ dalam penulisan novel. Alhamdullilah, tiada kekangan lagi untuk mengembangkan idea. Cuma, sekarang bergelut dengan masa dan M yang lagi besar - MALAS :D

Hendak memulakan langkah pertama itu yang sangat berat. Namun apabila sudah jumpa rentak, alhamdulilah semuanya mudah.


Kenapa saya menulis semua ini? Sebab ada orang bertanya, bagaimana mendapat idea lewat Dalam Dakap New York dalam Jelita April. Dan, seorang lagi bertanya mood cerpen itu romantis dan penuh cinta, sedang bercintakah? Saya ketawa besar, tentu dan sentiasa... dengan suami saya! Namun, apabila kita menulis dengan penuh jiwa rasanya itulah yang terserlah pada karya.


6 comments:

ennieva fauzi said...

Saya benci menulis tetapi terpaksa menulis kerana cari makan. Kiranya saya buka genuine hahaha...berterus terang sangat

Fizahanid said...

Ennieva,

Menulis karya kreatif dan menulis cari makan itu dua benda yang tak sama :D tapi awak penulis yang hebat!

aranam said...

Menyimpan tips selama 10 tahun... :)
Terasa terkena batang hidung sendiri...merahnya amat... :D

Di mana saya boleh dapat novel Hafizah?

:)

kakchik said...

...jom bercinta...berkasih...hehe

Fizahanid said...

Aranam,
Ya 10 tahun simpan tips... :D
ha, awak masih nak peram lagi ke?
Novel? yg pertama itu tak tau masih adakah di pasaran. Tapi pernah ternampak waktu jualan gedung MPH.
Yang kedua, masih di pasaran. Tapi menggunakan nama samaran sebab kisahnya kata orang Sarawak, jaik :D

Kak Chik,
Lebih banyak kisah cinta akan dikongsi bersama nanti kan? 24 Mei mungkin?

aranam said...

Hafizah,
Kamek sik tauk madah sarawak... :)
Jaik tu apakah maknanya?

:)

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...