Rasanya tidak adil untuk saya menjerit, menjerkah dan mempiat pada anak sekecil itu, lewat kegagalan mengenal huruf A, B dan D, mengenal huruf kecil dan besar.
Namun, rasa tidak adil juga apabila dia acap kali gagal mengenal, jauh sekali mengingat setiap kali diajarkan bagaimana sifat dan mengenal setiap huruf.
Mengajar anak sekecil itu memang perlu sabar. Betul, tetapi keletah mulutnya tidak sepadan dengan kebijaksanaannya dalam mengenal huruf.
Aduh.. hari ahad yang tenang-tenang begini, jadi medan mama menunjuk kuasa pada si kecil lima tahun.
Waktu dia lena, melihat air mata bersisa bekas hati yang diusik jeritan dan tangan mama yang pantas membekas, tumpah pula simpati. Namun, hati mesti kuat, semua jeritan dan marah untuk dia juga. Jerit dengan kasih, piat dengan sayang.
Tiada lain yang dimahukan melainkan dia berjaya mengenal setiap huruf selancar dia mengenal setiap angka. Tidak lain yang dimahukan melainkan dia berjaya dunia dan akhirat. Justeru, maafkanlah jeritan yang terpaksa ini si kecil ku.
4 comments:
salam sastera.
selamat berkenalan. ehhh, kita dah kenal laaa... kekke
Perlu menjerit dan piat sesekali untuk bekalkan dia ilmu dalam perjalanan jadi insan berguna dunia akhirat, itu mendidik dan bukan melukakan si kecil...tabah ya!
kesian si anak teruna, kena piat telinga ke?
Jebat Sari,
Oh, inilah Jebat yang dicari Tuah kerana menderhaka membunuh Sultan Melaka ya? :D
KakChik,
Betul, setuju tanpa berbelah bahagi.
Kiranajoe,
Bukan setakat kena piat tetapi dikurung tak boleh main di taman dan buka TV sekali.. heheheh...garang tak i?
Post a Comment