Thursday, July 30, 2009

'Ah, kita bukan makan babi buat apa nak takut'


Saya panik seketika waktu diminta membuat liputan satu tugasan - di negara belah timur yang saya tidak begitu suka - dan di waktu situasi kesihatan sedunia yang kecoh.

Namun, selepas menolak, mencampur, mendarab dan membahagi selain pandangan-pandangan kawan-kawan sekerja dan boss akhirnya saya kata ya. Tidak pernah sepanjang bertugas saya menjadi keliru sekejap sebegini. Selalunya, bila dapat tugasan di luar negara
excited !


Perkara pertama yang saya terfikir adalah mendapatkan suntikan vaksin selesema bermusim. Tapi ingatan tinggal ingatan, hanya tiga hari sebelum terbang saya mendapatkan suntikan itu. Imuniti sebenarnya belum terbentuk. Sekurang-kurangnya dua minggu sebelum terbang, vaksin perlu diambil. Saya tahu, tapi saya serah saja bahu pada doktor untuk disuntik. Psikologi ...!

Vaksin selesema babi memang belum ada. Paling cepat pun Disember nanti, agaknya bila sampai di Malaysia, entah bagaimana pula kisahnya.

Setakat ini sudah empat orang meninggal dunia kerana selesema babi - dan saya pelik apabila masih ada yang berkata, 'ah, kita bukan makan babi buat apa nak takut'. Alangkah.. alangkah malang kerana ilmu yang sangat cetek.

Selesema babi sekarang bukan urusan babi atau urusan pemakan daging itu. Ia urusan semua kerana ia sudah menjadi penyakit yang boleh berpindah dari manusia kepada manusia dengan sangat cepat.
Sebagai virus baru, bentuknya, sifatnya semuanya masih dalam kajian.

Jadi, janganlah anda berharap doktor di hadapan anda yang anda jumpa di klinik itu tahu semua benda tentang selesema babi. Bukan menghina, tetapi sesiapa yang tidak banyak membaca dan mengikuti perkembangan semasa, mereka tidak banyak tahu walaupun mereka dari latar belakang perubatan. (Jika tidak, mana mungkin Ketua Pengarah Kesihatan membuat kenyataan berikut kan?)

Kunci utama adalah membaca dan mengambil tahu perkembangan semasa. Perkembangan semasa hanya didapati daripada akhbar arus perdana atau laman web yang sewaktu dengannya dan bukan laman web parti politik atau penulis politik.

Dan sebenarnya, satu saja yang saya lihat daripada wabak ini - kiamat semakin dekat dan janji Allah pada kita sudah hampir tiba.
Saya gerun.

4 comments:

MRS. AJ said...

Salam. Remember me? Intan (Abdullah's wife)
http://intannoorafini.blogspot.com

hafizahiszahanid said...

Intan... :D how are you? lama kan tak jumpa-jumpa..

MRS. AJ said...

Fizah, me and my kids sihat Alhamdulillah. Can you give me your email address? I have something to ask you personally.

hafizahiszahanid said...
This comment has been removed by the author.

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...