Saya tidak suka betul bila perlu mengisi borang cukai pendapatan. Jadi, sejak saya bersuami, dialah hero saya setiap kali saya perlu mengisi semua benda yang remeh temeh itu.
Mujur boleh isytihar dalam talian, jadi saya tidak rasa bersalah sangat mencuri masanya mengisi borang untuk saya.
Namun, saya paling suka mendapat cek pulangan baki terlebih bayar dari LHDN. Setiap hari, bila agak-agak LHDN sudah mula kirimkan cek pada pembayar cukai, saya akan periksa peti surat setiap hari.
Sebabnya, ditakdirkan saya menggajikan seorang pembantu rumah yang tidak rajin memeriksa peti surat. Kerjanya hanya menjaga anak, membasuh baju, menyapu dan mop lantai dan memberi anak-anak makan (yang saya masak di awal pagi atau beli di awal pagi).
Jadi sebab entry ini bukan pasal maid, jadi biarlah dia dengan hidupnya asalkan dia bahagia dan saya pun bahagia.
Saat paling membahagiakan apabila cek LHDN pun sampai semalam selepas tersalah alamat awalnya dan sampai entah ke mana-mana.
Mujur pegawai LHDN yang bertugas sangat prihatin, menelefon saya dan bertanya alamat sebenar. Paling nikmat melihat cek yang berjumlah separuh bulan gaji itu. Wow, memang rezeki.
Emmm.. kata suami, simpan sajalah duit itu dalam ASB atau kalau nak shopping sangat belikan dia jeans denim Levis sehelai, upah mengisi e-filling. Pulak! Isshhh...
4 comments:
ini tak adil!!!!
Nazmi,
Dunia memang tidak pernah adil! :D
saya tak pernah declare, sb tu tak penah dapat cek..huh!ini mmg tidak adil..
Kirana,
P la declare. Dtg sekali nanti, jenuh nak bayo tau !
Post a Comment