Thursday, July 9, 2009

Kisah Natrah

Pic from here


Saya teringat membaca kisah tentang Natrah (Maria Hertogh) waktu kecil dulu (tidak silap masih di sekolah rendah) dalam Dewan Masyarakat. Kalau tidak silap (maklumlah dah lama) nama wartawannya Fatini Yaakob.

Waktu itu saya memang kagum dengan Fatini - mungkin kekaguman itu membekas dan menjadikan saya sebagaimana hari ini.

Kisah Natrah mencuit hati kecil saya sebagai gadis sekolah rendah. Pada waktu itu, saya sangat sedih, bukan saja pada ibu angkatnya Che Aminah binti Mohamed yang sangat sayang padanya tetapi akhirnya terpaksa melepaskan Natrah mengikut keputusan mahkamah. Namun juga pada Natrah sendiri.

Kasihan juga melihat Natrah yang waktu itu sudah pun berkahwin dengan Mansor Adabi (kalau tak silap ) nama ini sentiasa mengingatkan saya pada penyair yang saya kagumi - Imlan Adabi.

Kisahnya Natrah lahir di Jawa tetapi diserahkan kepada Che Aminah sebagai anak angkat pada usia lima tahun. Penyerahan itu menyebabkan Natrah bertukar nama daripada Maria Hertogh kepada Natrah. Dia diIslamkan, pulang ke Kemaman dan Natrah dalam majalah DM itu sangat cantik pada mata kanak-kanak saya.

Bagaimanapun, ada peristiwa yang menyebabkan Natrah ditemui dan akhirnya kes itu dibicarakan di mahkamah waktu keluarga kandungnya menuntut Natrah kembali. Dan akhirnya, menurut DM pada 12 Disember 1950 hukuman dijatuhkan - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya bertukar agama.

Ada rusuhan berlaku di Singapura sebagai rentetan keputusan itu namun saya kurang pasti faktanya.

Namun, saya ingat membaca Natrah kemudian berkahwin dengan lelaki Indonesia dan memulakan hidup sendiri.

Mengapa kisah Natrah di blog kali ini? Saya terdengar orang menyebut nama Natrah dan ingatan saya terjurus pada Natrah yang ini. Mahu tahu lebih lanjut, selak-selaklah DM, untuk keluaran yang ada laporan Natrah mungkin ada di Arkib Negara, saya pun tak tahu.

4 comments:

ennieva fauzi said...

Nama Belanda Natrah bukan Maria kan...tapi Bertha....lupa la tu hehehe

hafizahiszahanid said...

Emm.. Maria Bertha entah hapa lagi panjang giler.

Boleh ke aku cakap, Al Fatihah untuk Natrah?

kiranajoe said...
This comment has been removed by the author.
Shasha said...

maria bertha hertogh..masa story dia kuar kat dewan masyarakat yg datin fatini tulis tu, kita kat sekolah menengah...siap follow kisah tu...x miss beli majalah...

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...