Friday, September 11, 2009

Suntuknya Masa



I

Hari ini sudah 22 Ramadhan (eh betul ke.. saya memang tidak mengira ) sebabnya saya perlu menyiapkan semua stok raya (ya, kerja yang diberi gaji bulanan). Dalam pada itu membuat temujanji untuk bahan selepas raya juga.

Namun bagusnya, saya ada 'partner in crime' :D.. maksudnya, seorang rakan sudah ditugaskan untuk membantu. Jadinya bukanlah saya sendirian dalam usaha ini. Amin...

Bila berdua, banyak idea banyak kerja boleh siap segera. Cuti raya juga sudah diluluskan. Bagusnya tiada perang raya antara saya dan Mr K saya. Dia sangat memahami dan kami pulang ke kampung masing-masing mengikut giliran dan kepentingan. Alhamdulilah.

II


Namun, saya kalut untuk satu lagi perkara. Saya kalut hendak mengejar deadline yang satu lagi - manuskrip novel terbaru.

Manuskrip itu sudah saya hantar beberapa bulan lalu kepada penerbit. Dalam usaha hendak menerbitkannya, biasalah untuklah banyak lagi perlu ditambah dan dibaiki.

Apatah lagi polisi baru syarikat penerbitan ini hendak novel yang tebal dan 'meletup'.

Aduh, jenuhlah saya hendak letak bom peledak dalam manuskrip! :D

Hanya beberapa hari sebelum deadline. Saya masih terkial-kial merangka-rangka bab mana perlu dikupas lebih dalam dan perlu perincian. Harapnya saya dapat melangsai semuanya sebelum Aidilfitri. Kerana saya mengidamkan novel terbaru ini memasuki pasaran sebelum Disember ini. Insya Allah.


III

Jika anda membaca novel, apa jenis novel pilihan anda;

i) Novel berilmu yang masih berpijak di bumi nyata (maksudnya yang masih ada unsur kemanusiaan, kasih sayang dan cinta)

ii) Novel berilmu penuh di dada (yang analitikal dan penuh sindiran)

iii) Novel cinta yang berasaskan emosi sahaja tetapi ada sedikit fakta disentuh sambil lalu bagi memperlihatkan tidaklah novel itu terlalu 'bodoh'.

Emmmm... ada satu perkara utama perlu dijelaskan - Niat

i) Wang
ii) Minat iii) Mencuba bakat

Kata kawan, 'kalau berteraskan wang, kamu tulis saja novel jenis ketiga, kalau kamu mahu 'riak' dan rasa bagus tulis saja novel kedua - yang mungkin tidak laku. Atau kalau kamu mahu duduk atas pagar tulis jenis yang pertama.


Seorang editor pernah berpesan, 'jadi diri sendiri. Jangan hipokrit, jangan pedulikan apa orang lain kata. Tulis apa yang awak rasa. Karya adalah cerminan peribadi penulisnya,'.


Saya pegang kata-kata itu!

3 comments:

Nissa' Yusof said...

saya suka novel jenis pertama. pijak apa yang patut dipijak. (agaknyalah) hehe

semoga berjaya siapkan editing manuskrip tu dan beraya dengan aman sejahtera :)

I am... said...

cepat la buat.. nanti nak baca eh...

ksha

Fizahanid said...

Nissa,
dah lepas deadline pun.. tak tak siap jugak.. jenuh le teman .. jgn sampai tak beraya tahun ni udahler yong!

Kak,
hehehe...
emm.. cerkat akak bila nak disambung2 ?

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...