Friday, September 25, 2009

Syawal ke tujuh

Mungkin saya kolot, tetapi saya sebenarnya runsing dengan terlalu banyak lagu-lagu raya di kaca tv lajak hingga hari ke 7 Syawal.
Kalau dengar di radio sedap sikit walaupun sebenarnya sudah masuk syawal ke 7. Namun, bila dinyanyikan di tv dengan penari-penari dan penyanyi menari mengikut rentak lagu, entah mata saya tidak 'sedap' menontonnya.
Kemudian, saya terasa bosan dengan konsep drama raya yang penuh air mata selain karya-karya di akhbar dan majalah yang juga sarat air mata.
Konsep raya terhad pada kisah kepulangan anak-anak ke kampung halaman atau rebut-rebut nak balik raya antara suami isteri. Aduhai.. ingin sekali saya membaca dan menonton karya yang lebih berfalsafah (maksudnya secara tersirat) tentang Aidilfitri itu sendiri.
Bukan bebel ini, ini luahan saja sebab hari ini saya bekerja (sedih..) dan ditemani tv yang tidak habis-habis dengan dendangan lagu raya.
Ok, mungkin sebenarnya saya yang terbawa-bawa sebab terpaksa masuk kerja awal (hehehehe)


II


Untuk pertama kali dalam sejarah kerjaya, saya tersentuh hati dan emosi. Bukan selama ini tidak pernah, tetapi kali ini lain benar.
Seorang kawan yang akrab menelefon meminta tolong. Katanya, seorang pesakitnya kanak-kanak berusia 9 tahun kemalangan jalan raya. Tulang mukanya patah, lantai matanya retak, rahang kiri dan kanan juga patah.
Saya ambil kesempatan melawat dan memang melihat gadis sunti itu tersentuh benar hati saya. Dia perlu dirawat segera. Dan bayaran untuk mendapatkan tulang gantian hanyalah RM5,000 yang tidak mampu disediakan oleh kedua ibu bapanya.
Kebetulan ibu bapanya juga bukan kakitangan kerajaan jadi jumlah itu tidak ditanggung.
Sebaik saja berita tentang anak dara sunti itu disiarkan, kawan itu memberitahu seorang selebriti menghulur derma bukan RM5,000 tetapi lebih lagi untuk menampung bayaran pembelian tulang gantian dan selebihnya untuk belanja hari raya keluarga itu.
Sungguh, selama saya mengenal selebriti itu, saya memang tidak suka padanya. Pernah waktu saya mengikut kawan menemubualnya, saya menyampah dengan selebriti itu apatah lagi mulutnya yang 'lepas cakap' itu.
Namun, ya .. saya melihat secara lahiriah tetapi ada sisi lain yang tidak saya lihat. Mungkin dia 'laser' mungkin juga saya menyampah membaca kisah cinta menjadi tidak menjadi dia di akhbar.
Namun, dia masih manusia yang ada rasa.
Untuknya, terima kasih.
Salam Syawal ke tujuh untuk semua !

5 comments:

Bintang D'hati said...

Salam...hmm lagu raya,rancangan raya kat tv,lawak raya,sedih raya,gembira raya..balik2 itu2 juga kan? Teringin gak nk tgk pengisian sbnr syawal ( pengisian ramadhan dah byk dah tgk) . Tetiba teringin nak selongkar lagu2 raya tahun2 40an-50an yg xpopular dan xpernah tersiar di radio..jauh sekali di tv la kaaannn...hehehehe

p/s jom makan ketupat palas cicah kaya yeo's ! Yuummm!

Fizahanid said...

cik bintang - hehehe... cicah ketupat dengan kaya yeo's... heh tak pernah buat lagi... nanti cuba :D

Cup, lagu raya tahun 40an? ada ke dlm simpanan RTM tuh? Kalau astro mesti tak de ..

Bintang D'hati said...

Pasal lagu2 lama 40an kena cari kat perlis fm (radio perlis)

ketupat pulut(daun palas) sgt sedap cicah kaya yeo's ataupun susu pekat ...( org menggelupur mengidam dah ni!)

Fizahanid said...

RTM Perlis.. ? hahahah... saya terfikir satu saja, eh.. tak payah tulislah.. kang ada org kecik hati pulak.. :D

Bintang D'hati said...

Tulis je dik non ! Hehehehe

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...