* Saya teringat sungguh pada kawan baik di kampus dulu, Asiah Yusuf namanya. Catatan ini saya terbit di blog lama bertarikh 1 Ogos 2005. Hingga kini, setiap kali saya merindui Kak T, saya suka baca catatan lama ni.. hehehe.. anehkan?
Saya dan Kak T sudah terputus hubungan sejak tiga tahun lalu. Emm.. rindu rasanya hendak berborak macam dulu.
Maaf, terlebih melankolik pulak.. hehehehe... !
Monday, August 01, 2005
Sepanjang Jalan Kenangan
Semalam, seorang sahabat lama menelefon. Sahabat yang saya kenal sudah 10 tahun. Orang pertama yang saya jumpa waktu menjejak kaki ke airport untuk melanjutkan pelajaran 10 tahun lalu. Orang pertama juga yang saya minta tolong kerana saya tidak pandai mengunci pintu bilik. Saya panggil dia Kak T.
Orang yang saya sangat percaya, sentiasa ada di sisi waktu memerlukan - walau saya kadang kala saya selalu tiada di sisinya waktu dia perlukan saya, kenapalah saya ini teruk sangat tapi dia masih sudi kawan dengan saya -.Enam tahun lalu waktu dia bernikah, saya sanggup pulang ke kampung sedangkan tarikh kepulangan itu dengan tarikh pernikahannya selang seminggu.
Saya sudah terlupa apakah sebabnya, tapi rasanya sesuatu yang dekat dengan hati tapi jauh dari sanubari. Zaman kampus selalu mengundang nostalgia yang tersendiri. Agaknya hanya saya seorang saja yang suka mengenang nostalgia lama. Teringat waktu kami ke sana sini bersama. Kak T ada kereta dan selalu membawa saya dan beberapa teman lain menikmati kehidupan malam... hehehehe sesuatu yang saya belajar dari Kak T dan seorang lagi senior Anne Grace.
Kami selalu duduk berbual entah hingga jam berapa, sedar-sedar saja seluruh kampus sudah sunyi dan barulah masing-masing menguap-nguap dan masuk ke bilik.Paling saya ingat Kak T pernah masak untuk saya waktu saya demam teruk dan meredah malam menghantar saya yang separuh lembik ke klinik.Rasanya terlalu banyak kenangan manis dalam persahabatan. Kami juga sudah terpisah lapan tahun lalu.
Kak T sudah enam tahun berhijrah ke UK, mengikut suami yang ketika itu buat housemanship di Notthingham.Sekarang saya tidak pasti Kak T di mana dalam sayup-sayup suara di hujung telefon semalam. Saya ada bertanya tapi yang saya dengar 30 minit dari London dengan train, yang lain-lain dibawa lari angin senja.
Dalam hidup ini, kita tidak akan selalu bertemu mereka yang baik-baik, sedia memahami dan membantu. Dalam hidup ini juga kita tidak akan selalu menjadi mereka yang baik-baik, sedia memahami dan membantu. Saya berterima kasih untuk semua pengalaman pahit dan manis sepanjang jalan kenangan.
4 comments:
Mencari sahabat sejati itu ibarat mencari sebutir bintang dalam kegelapan ribut yg menggila...susah jumpa namun ia tetap ada...
yup...dalam hidup ini kita perlu meredah lumpur pekat untuk mencari sebutir berlian di limbahan itu..sekal berjumpa sinarnya kekal gemerlap...sampai bila-bila
susah nak cari kawan yang baik, yang sanggup susah senang seperti itu. Kalau bernasib baik bertemu, hargai dan bajailah persahabatan itu.
Dalam hidup ini, saya ada beberapa kawan baik dan masih kekal sehingga sekarang. Kami masih bertanya khabar, ingat-mengingati dan saling membantu baik dari segi kudrat, material dan emosi.
Seorang kawan baik dikenali sejak sekolah rendah, seorang ketika di alam sekolah menengah dan seorang sewaktu bekerja ini. Mereka tetap permata hati saya walau apapun terjadi. Alhamdulillah kerana saya amat menjaga persahabatan.
Bintang, Kak Chik & Ben - saya sangat-sangat bersetuju!
Kawan baik itu sangat berharga, yang sudi bersama kita susah dan senang.
Saya rindu pada kawan sebaik itu.
Insya Allah, jika ada izin-Nya, pasti bertemu lagi.
Post a Comment