Tanpa Selamat Tinggal ~ cerpen ini saya tulis sekitar akhir 2006 - awal 2007 dan ketika itu juga saya e-mel kepada editor Dewan Sastera. Waktu itu TC masih sebahagian daripada DS.
Tiga tahun kemudian, Tanpa Selamat Tinggal disiarkan dalam TC, November 2009.
Saya berfikir, Tanpa Selamat Tinggal sudah berkubur tanpa nesan dan sungguh saya sudah melupakannya.
Terima kasih untuk Bonda Ani kerana memberi saya ruang dalam TC walaupun sesudah tiga tahun menanti. Apa yang penting, ia diterbitkan.
Jadi, kalau ada penulis yang mengeluh mengapa karyanya tidak disiarkan selepas enam minggu atau enam bulan dihantar, ketahuilah saya menunggu lebih lama, tiga tahun!

13 comments:
Lama menanti, sempat terlupa, dan akhirnya mengerti... :)
Tahniah!
Ara - penantian yang berbaloi rasanya! hehehhee
Tahniah fiza! Kena cari TC le pulak lepas ni hehehe
Cik Bintang - hehehe.. suka saya mendengarnya ... eh kena sebut suka saya membacanya! :D
Waaa 3 tahun? Lamanya.
Tahniah, kak. Tajuk pun dah ada magnet :)
Salam fiza, majalah ni dari penerbitan mana? Majalah baru ke? Kat mana ada jual?(banyaknya tanya huhuhu) Semalam ronda bandar baru ampang mencari tp xde ..adehhh ! Hehehe
Nissa -
ya, tiga tahun dik! Itulah namanya rezeki :D
Cik Bintang -
ha, majalah ni keluaran DBP sejak 2001 dan memang susah nak dpt kat kedai biasa.. biasanya di kedai DBP saja @ kedai2 mamak terpilih.. jgn masuk MPH @ Kinokuniya @ kedai buku canggih2.. sah2 tak jumpa!
Kenapa cenggitu? Jangan tanya saya.. itu marketing style DBP hahahahaha..
Memang lama...
Tahniah kak Fizah!
Hmm..bila DAWAMA selaku pengedar tunggal DBP dah terlalu kenyang dgn projek2 mega buku2 teks sekolah..jd pengedaran majalah2 DBP dah seperti melepaskan batuk di tangga je la,yg terpalit kahaknya penulis2 muda yg baru nk bercambah tunasnya. DBP lak mcm pandang sebelah mata je atas isu ni,nape ntah. Xsepatutnya jd camni kan? Huhuhuhu
Hani - terima kasih daun keladi.
Cerpen lama, yg bila dibaca balik macam kelakar pulak!
CIk Bintang - uih.. ha, saya tak suka nak sebut ungkapan ini, tapi kena sebut juga "tahu tak pa" :D
bila nak keluar buku baru nih? tak sabar le nak membacanya...dengar2 yang terbaru ini pun bakal meletup di pasaran ye....
Ennieva - saya anngap ia satu doa.. dan aminnn.. :D
dah baca cerpen tu. bagai komen sms dulu. saya tunggu novelmu
Post a Comment