Friday, December 25, 2009

Kisah Novel Lama


Ada sebuah novel lama. Terbitan tahun 1995. Ditulis pengarang yang saya suka dan novel itu saya baca dan baca dan baca berulang-ulang kali. Bahasanya yang romantis dan berputar-putar selalu membawa saya ke alam khayal.


Bukan membaca novel itu membawa ke alam khayal. Tetapi membaca dengan hati dan mata itu yang melontar. Justeru, jangan setuju dengan mereka yang anti sastera (anti membaca juga) yang cepat mengatakan penulis karya kreatif itu tidak berpijak di bumi nyata.


Selepas 10 tahun, novel lama itu hilang. Saya terpandang-pandang kulitnya yang cantik. Saya teringat-ingat membaca ayat-ayat menjalin idea yang bersimpang siur tetapi cukup menyihir diri.


Waktu itu saya berfikir di mana boleh saya dapat novel seistimewa itu? Penulisnya juga tidak prolifik menghasilkan novel. Sesekali membaca cerpen dan puisinya di media, saya jadi teruja.


Bulan lalu saya ke kedai buku. Ada sebuah novel cantik putih dan bersih kulitnya. Hati saya cepat terpaut. Dan seperti novel lama yang hilang, novel baru pun dikarang penulis yang sama. Saya baca ulang dan ulang. Bagai dulu. Moga tidak hilang. Bagai novel yang dulu.


Thursday, December 17, 2009

Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi 2009


Saya terlewat untuk mengetahui keputusan Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi anjuran UTM dan Kumpulan Utusan sudah diumumkan.
Kemudian apabila urusetia menelefon memberitahu saya memenangi hadiah penghargaan saya terasa lapang dada.
Jujur saya mengatakan menghasilkan manuskrip "Rawan" adalah manuskrip atau karya paling susah untuk saya. Sebabnya, ia adalah manuskrip berunsurkan sains dan teknologi.
Saya bukan datang dari aliran sains jadi 'aura' sains saya memang tidak hebat. Cumanya, latar pekerjaan mendedahkan saya banyak dengan satu daripada cabang sains - perubatan.
Jadi, "Rawan" adalah kisah dunia perubatan dan penyelidikan yang saya adun dengan penulisan kreatif. Memang sepanjang menghasilkan "Rawan" hati saya pun rawan... :D
Namun, semuanya berakhir sudah. Walaupun tidak meraih satu daripada tiga tempat teratas, dinobatkan untuk menerima hadiah penghargaan pun sudah memadai, alhamdulilah...
"Tahun depan ada lagi, hantar manuskrip tau...," pesan si urusetia yang menelefon. Saya ketawa sendiri, oh.. saya tidak pasti tentang itu.
Untuk keputusan penuh senarai pemenang - rujuk Utusan Malaysia bertarikh 15 Disember 2009.

Friday, December 11, 2009

Andainya kukembali

Di pasaran mulai 12 Disember 2009. Selamat membaca.

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...