Kerap kali, menonton filem yang lucu dan 'girlish' seperti seorang rakan saya definisikan adalah pelarian saya untuk melepaskan tekanan. Selalu juga ia untuk berseronok-seronok dengan kawan-kawan. Paling baik, selepas itu kami akan bersembang-sembang tentang filem itu dan apa sepatutnya yang terjadi.
Made of Honor, filem 2008. Namun, saya baru menontonnya beberapa hari lalu. Kisah mudah dan sangat tipikal tetapi sangat lucu. Melihat Patrik Dempsey teringat doktor 'Mcdreamy' dalam Grey Anatomy. Tapi dia pernah menjadi peguam duda dalam Enchanted.
Filem ini bukan terlalu besar pun. Tiada falsafah-falsafah pun di dalamnya. Namun, ia memberi ketenangan dan keseronokan dalam kategori tersendiri. Ia masih mampu memberi letupan-letupan kecil dalam hati anda.
Tom dan Hannah kawan baik sejak 10 tahun. Tom yang kerap bertukar teman wanita, Hannah yang belum berjumpa 'Mr Right'. Pertemuan waktu zaman belajar yang mengikat mereka hingga akhirnya Tom mula sedar dia sebenarnya sudah lama jatuh cinta pada Hannah.
Kisah mudah, tidak perlu peningkan kepala. Namun sebagai manusia, bukankah kita juga perlu ada rasa itu? Rasa kasih, rindu dan sayang dalam jiwa. Jadi Made of Honor walau ringan tetapi hati masih juga bergetar. Saya suka saat itu, saat tersengih dan ketawa sendiri melayan Made of Honor. Suami tentu saja lebih selesa melayan PS2. Anak-anak tentu saja sudah lena waktu itu.
2 comments:
Patrick Dempsey...mmmm..good choice...agak2nya Marc Darcy u camn ni ke? hehehe
Ennieva -
huhuhu... mesti.. yang penting,
mata mesti sepet ! :D
Post a Comment