Monday, January 4, 2010

Kakak Sudah Sekolah!

Saya menghantar anak kedua yang berusia empat tahun ke sekolah hari ini. Tidak seperti menghantar abangnya dua tahun dulu, si kakak ini agak manja.


Pertamanya, kerana sejak lahir dia duduk dengan bibik


Keduanya, tentu saja kerana dia anak perempuan, manjanya lebih sikit. Hendak suruh mandi pun, jenuh memujuk. Paling tidak tahan bila dia memeluk kaki dan berkata, janganlah suruh kakak mandi, pagi-pagi ni sejuk mama. Aduh!


Ketiganya, dia bukan saja perlu sekolah tetapi menghabiskan masa hingga ke petang di pusat asuhan sekolah berkenaan. Bibiknya sudah tamat kontrak dan saya tidak bercadang mengambil yang baru.


Memang di persekitaran sekolah penuh dengan ibu bapa. Di luar sekolah, banyak kereta bersusun-susun dengan sesetengahnya ditinggalkan tanpa penumpang dan tanpa mematikan enjin pun. (Kalau kena bawa lari, jenuhlah !)


Ada ibu bapa yang terintai-intai di balik jendela. Pintu sekolah sudah ditutup malah guru-guru sudah berpesan, jangan berlama-lama di luar nanti anak-anak sukar hendak beri tumpuan pada guru.


Tapi maklumlah
, hari ini hari pertama. (di sekolah itu, hari pertama persekolahan adalah sehari selepas sekolah kebangsaan memulakan sidangnya). Selain ibu bapa yang tidak senang duduk melepaskan anak-anak memulakan hari pertama persekolahannya, guru-guru juga tidak senang duduk melihat ibu bapa merayau-rayau di sekitar sekolah.


Saya pun menjadi sebahagian ibu bapa itu sebenarnya. Namun, apabila melihat si abang memegang tangan si adik, membawanya duduk berdekatannya, saya tahu saya tak perlu berada di persekitaran sekolah lagi. Saya balik dan dalam hati saya sangat berharap si abang dapat menjaga si adik dengan baik

Pengalaman peribadi saya memberitahu anak-anak yang duduk di pusat asuhan lebih cerdik dan berdikari berbanding duduk dengan bibik. Saya berdoa satu hari nanti, saya diberi kesempatan dan dimurahkan rezeki untuk duduk di rumah memegang status suri rumah sepenuh masa dan penulis sepenuh masa. Waktu itu, insya allah saya tidak perlu terkejar-kejar membahagi masa antara menjadi pekerja dan menjadi mama.

3 comments:

kiranajoe said...

alamak, ramai pulak ibu2 yg pasang impian nak jadi suri rumah. gulung tikar la nursery2 dan agensi pembantu rumah lepas neh

cita2 nak buka nursery pun jawabnya kena revise balik lah..hmmm..pasrah...

aranam said...

Amin. Semoga impian indah itu menjadi kenyataan ... :)

Bintang D'hati said...

Semoga impian tu jadi kenyataan.. Susah2 sgt meh sini along bintang jaga bebudak tu ekekeke

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...