Membahagi masa antara kerjaya hakiki dengan minat memang menuntut lebih banyak pengorbanan.
Menjadi perempuan bekerjaya, berkeluarga dalam masa yang sama berminat untuk terus mengejar cita-cita peribadi memang kadang kala menuntut pilihan.
Sebab itu ada ramai penulis perempuan akhirnya mengorbankan minat dalam penulisan kerana tidak mahu keciciran dalam tugasan sebagai ibu dan isteri.
Dulu saya tidak rasa, sebab ada pembantu rumah. Sekurang-kurangnya kerja rumah sudah beres, tidak perlu pening kepala memikir hal rumah. Sekarang, selepas kami memilih untuk berdikari dalam rumahtangga kami, tuntutan antara mengejar kerjaya, mengurus rumahtangga dan akhirnya menyebabkan bila tiba di hadapan komputer, mata pun sudah letih dan otak pun penat.
Itu senario tipikal, kata kawan bila saya bercerita. Dengan senyum-senyum kambing, dia berkata sebenarnya di mana letaknya kekuatan perempuan?
Saya sengih, lebih sabar.. lebih tenang. Dia angguk dan katakan, jadi lebihkan bersabar dan lebihkan bertenang! Huhuhu.. rasa nak menendang dia pula waktu itu.
Ya, nasib baik saya perempuan, jadi lebih bersabar dan bertenang lah ni. Namun, saya berhasrat mampu melahirkan sebuah lagi novel sebelum 2010 berakhir, insya allah.. doa-doakan. Doakan saya lebih sabar, lebih tenang....
7 comments:
Salam fiza,hmm..boleh bayangkan cemana sibuknya fiza wpun saye xde suami dan anak. Tp saye dah merasa sibuknya seharian keje,uruskan rumah dan adik2 3 org+mak abah yg selera makannya xpnh sama huhuhu. Bila dah settled,ngadap lappy...ilham ada tp xleh nk 'keluarkan' ..penat sgt. Sbr ye. Adakalanya tekanan itulah yg membuat kita melonjak ke atas dgn pantas! :)
Cik Bintang -
Bak kata upin ipin;
betul, betul, betul... :D
Wanita mmg hebat dan multi tasking, u pun antara yg hebat. bagi sedikit masa, insyaallah, semuanya akan kembali tenang.
Ya, mudah-mudahan sahabatku ini akan lebih sabar & tenang...
Tahniah ya Fiza!
Kak Sal,
terima kasih.. tapi musykil bab tahniah tu.. rasanya macam saya yg perlu ucap tahniah pada Kak Sal kerana membuat keputusan paling penting, paling hebat, paling nekad.
Saya berharap saya pun mampu buat keputusan yang sama sebelum 40, hahhaa.. mampukah saya.. :P
Fiza, terimalah hakikat ; hidup tak semudah yang dijanjikan. Harap terus berjaya sebagai penulis, ibu dan isteri
salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)
Post a Comment