Saya mendapat tahu dari seorang kawan, Bennie hari ini ulasan novel saya terbit di gengkicap.blogspot.com !
Saya membacanya dengan rasa teruja. Sebab tidak pernah novel saya diulas sebelum ini. Apatah lagi walaupun saya sudah agak lama menulis tetapi masih bertatih dalam menulis novel. Apabila saya baca ulasan itu, saya rasa bagai hendak menangis. Benarlah hati saya ini terlalu lembut!
Bukan saya rasa bagai hendak menangis kerana puji-pujian itu, kerana saya juga bisa saja rasa hendak menangis kerana dikutuk. Tetapi saya rasa alhamdulilah.. sangat bersyukur kerana mesej yang ingin saya sampaikan memang begitu mudah dibaca oleh pengulasnya.
Saya sangat berterima kasih kepada pengulas di gengkicap.blogspot.com. Rupanya novel saya sebelum ini Kala Hujan Menitis juga pernah diulas! Alhamdulilah .. terima kasih juga dari saya dengan seikhlas hati.
Saya berterima kasih juga kepada kawan yang memberitahu ulasan itu. Dan dia mengetahuinya daripada penulis hebat, Lily Haslina Nasir. Terasa kecilnya diri saya bila penulis besar macam Kak Lily sudi pula bersusah payah mengambil tahu tentang penulis kecil macam saya!
Kepada pemberi komen, saya minta maaf - saya ini tidak berapa canggih dalam IT jadi, saya sudah secara tidak sedar menyekat komen dari disiarkan dan saya tidak tahu bagaimana hendak menyiarkan komen-komen anda. Saya akan usahakan supaya komen anda disiarkan!
2 comments:
Semoga fiza lbh bsemangat utk menulis :)
Tahniah...moga lepas ni makin ligat berkarya ye...
Post a Comment