Sunday, May 23, 2010

Nikmat Yang Seksa



Pic from here








"Saya fikir kehidupan silamnya yang dihantui kenangan dan pengalaman orang lain yang membangkitkan keliru. Dia tidak pernah ingin mengenal kehidupan mengikut matanya. Dia mengenal kehidupan mengikut mata orang lain. Alangkah itu tidak adil.


Saya ingin sekali memberitahunya, saya ingin berjalan dengannya dalam kehidupan ini sebagai seorang kawan. Kawan yang boleh mempengaruhinya untuk mengenal hidup dengan matanya.


Dia tidak berlaku adil pada hidupnya, rohnya dan jiwanya. Bolehkah saya berbuat demikian? ...."





Sebahagian 'isi' manuskrip yang sedang diusahakan, yang membuat saya makan menulis, minum menulis malam pun mimpi menulis... hahahaha.. sungguh kronik...

Menyiapkan manuskrip yang melebihi 500 halaman, mempersetujui untuk menyiapkannya pada sekian-sekian tarikh sungguh menyeksakan. Bak kata seorang rakan penulis yang saya kagumi, 'ia adalah seksa yang nikmat'.

Saya perlu siapkan dan perlu terbitkan sebelum tahun ini menutupkan tirainya. Sebab, saya perlu motivasi begini untu terus 'hidup' dalam dunia penulisan ini.






5 comments:

Bintang D'hati said...

Knp ayat2 itu mengusik jiwa saya?... Teruskan menulis! :)

I am... said...

come on dear..u can do that..

...ambillah kudratku yang sudah bersisa ini..aku rela menjadi takah untuk engkau mendaki ke puncak tinggi nun di sapu awan...

..kalau ini riwayatku dalam mengasah kalam yang sentiasa tumpul, aku rela menajamkan mata pena untuk engkau tarah bukit bahasa menjadi padang ceritera dalam kabus peradaban yang mula bersinar pada laluan engkau..

...silakan menjejak aksara tanpa jemu ya adindaku...

Fizahanid said...

Cik Bintang,

Oh, iya ke? emm.. nanti dah siap kena beli.. supaya boleh cair seluruh jiwamu .. :D

Kekanda,

Terimalah kasih. Oh.. saya ingin ambik semua semangat itu.. heheheh..
Editor sudah tanya perkembangan manuskrip ku.. aduh.. aduh... sudah lepasi deadline.. aduh.. aduh.. luruh jantung!

imlan adabi said...

syabas... anda tentu boleh buat mengikut acuan anda sendiri. Fiza... tidak mudah menjadi penulis apatah lagi sudah ada dua anak. sybas...
siapa yang ungkap seksa yg nikmat tu? saya mahu belajar menulis bahasa puitis tu..

Fizahanid said...

Abg Imlan,
Terima kasih kerana tidak pernah jemu menyemarakkan semangat juang penulis kecil macam saya... :D
Oh, yg ungkapkan kata-kata nikmat tapi seksa itu? heheh.. seorang lagi mentor .. seorang kakak dlm dunia penulisan yang kita sama-sama kenali.

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...