Tuesday, July 26, 2011

Selepas Mastera


Seminggu di Bogor untuk MASTERA.


Alhamdulilah Bogor yang indah dan banyak ilmu yang dikutip daripada pembimbing dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.


Insya Allah, ia adalah peluang yang tidak akan disia-siakan. Peluang bertemu penulis lain dan memperoleh ilmu untuk meningkatkan mutu karya.


Karya-karya selepas Mastera harapnya ada banyak perubahan yang lebih positif. Tapi sebelum itu, karya sebelum ke Mastera pun sudah ditulis sehabis baik. Karya itu adalah mewakili zaman penulisnya. Dari zero tidak terus melompat menjadi A. Tentu saja perjalanan dari zero menjadi A itu ada X ada Y ada K ada M nya bukan?


Terima kasih untuk pembaca yang sudi membaca karya-karya saya. Saya sangat berterima kasih. Tulis terus menulis. Insya Allah, selagi diberikan kudrat dan kesempatan, akan lebih banyak novel dihasilkan.

5 comments:

Nissa' Yusof said...

Mana gambar-gambar ala-ala 'salam hari raya dari anjung kenangan'? Hehe. Nanti kongsi-kongsilah ilmunya kak. Buat pengajaran kami yang tak berpeluang lagi ke sana :)

Fizahanid said...

hahaha.. gambar tu dlm FB jer.. malu lah !

imlan adabi said...

mana tulisan mengenai MASTERA? Kami pun nak baca juga pengalaman anda di sana

Fizahanid said...

hehehe.. pengalaman kecil saja Bang Imlan.. segan pulak hendak dikongsi :)

Irnanis@mama said...

Fiza..rindu awak ^_^

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...