Wednesday, April 18, 2012

Jumpa di Pesta Buku !





Hujan petang.


Tempias hujan terpercik ke muka. Alahai sejuk pula. Anginnya buat nak cepat-cepat naik ke ofis, menyarung jaket tebal.


Ada banyak rencana perlu buat tapi satu pun belum terbuat. Menunggu mood yang entah bila akan datang.


Terus terkenang boss lama yang selalu pesan, kerja menulis tiada ada istilah tunggu mood. Ketuk, ketuk, ketuk. Kalau tunggu mood, sampai pencen mood belum tentu datang. Ha-ha.. :)


Nak Tulis Novel Baharu.


He - he... idea banyak tapi kudrat tiada.


Merapu-rapu antara masa kini dan masa silam, kadang-kadang sambil bawa kereta, ada banyak idea - adegan menyelinap.


Namun tiada kudrat hendak memindahkan apa yang ada dalam benak ke dalam manuskrip.


Mahu tulis yang dekat dengan diri tapi jauh sedikit (sahaja) dari Sehiris Bulan. Tapi apabila bulan sudah tinggal sehiris, susah juga sebuah matahari hendak bersinar. He - he...


Oh, minggu hadapan pesta buku! Kalau berkesempatan jemputlah ke booth Jemari Seni pada sebelah pagi 5 Mei 2012.


Saya ada di situ dengan kawan-kawan penulis lain. Jangan cari Engku Effendi ... dia hanya ada dalam Sehiris Bulan.


Jumpa nanti !




3 comments:

Cik Matahariku said...

salam penulis blog,
saya baru sahaja habis membaca sehiris bulan, baru malam tadi selesai membaca..:)-

sebelum membeli novel ini, saya baca dulu bab awal di jemari seni. tapi saya masih ingin penjelasan, sehiris bulan itu sebenarnya mengambarkan apa ye, atau memaksudkan apa ye...?

hafizahiszahanid said...

Terima kasih CIk Matahariku kerana sudi membaca Sehiris Bulan.

Oh, tentang maksud itu... he he he.. ada kelapangan? Jum ke Pesta Buku pada 5 Mei jam 2 ptg di PWTC.
Jumpa saya di Gerai JS.

Atau sebelah pagi di Bilik Kedah jam 10 saya ada di gerai DBP.

Jemputlah. Mana tahu, boleh kita minum teh panas sambil sembang-sembang kan? :D

Cik Matahariku said...

Ohh.. Sy tak bksempatan ke pesta buku. Apapun, sy akn cuba fhami mksud tjuk novel sdri ye..

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...