Masa
berubah, dunia berputar masihkah kita orang yang sama ? Tanya
pada diri,
apakah kita mahu berpegang pada kenangan atau mahu terus
melangkah ke
hadapan.
Hidup adalah
perjuangan dan kitalah yang perlu berjuang untuk sebuah kehidupan.
Delaila
Azilah percaya cinta itu penuh keajaiban. Dia percaya, jatuh
cinta
bermaksud perlu untuk menjadi setia. Dia setia pada janji, setia
pada
kenangan setia pada setiap puing rasa yang ada dalam jiwa.
Kepercayaan
itu membuat dia lupa memandang hari depan. Lalu, esok
untuknya
adalah hari-hari kelabu.
Hidupnya
berwarna-warni sewaktu kembali mengimbau kenangan. Dia
berjuang
atas kenangan dan ingatan. Di situ dia melihat sebuah
kebahagiaan
dan di situ dia melihat Ali Syukri berada. Tapi masihkah
Ali Syukri
insan yang serupa ?
2 comments:
Hafizah,
tahniah!
terima kasih banyak.
* tiba-tiba jadi malu.. huhu
Post a Comment