I
Bagaimana anda menilai kecantikan? Pada kulit putih mulus dan licin bagai telur dikupas
atau hitam manis bagai tampuk manggis? Atau cantik paras digabung dengan cantik akal
atau cantik paras dan cantik budi bahasa.
atau hitam manis bagai tampuk manggis? Atau cantik paras digabung dengan cantik akal
atau cantik paras dan cantik budi bahasa.
Mungkin saya ini kolot. Cantik pada saya adalah cantik dalaman, cantik peribadi walau
rupanya mungkin tak cukup kuat membuat kita tertoleh dua kali. Tapi tutur katanya, dan budinya cantik sekali.
rupanya mungkin tak cukup kuat membuat kita tertoleh dua kali. Tapi tutur katanya, dan budinya cantik sekali.
Saya kenal gadis cantik, cantik rupa dan cantik akalnya. Tapi sayang dia merokok. Tidak cantik jadinya. Tapi dia memang baik budi pekerti, lembut suara dan selalu berkata, susahlah awak nak berhenti merokok, saya dah lama merokok. Saya nak cuba tahun 2009, saya akan berhenti merokok.
Saya doakan dia berjaya. Sebab dia sangat cantik paras dan mengenali dia, dia memang cantik
budi pekerti cuma kecantikan itu akan bertambah lengkap apabila dia berhenti merokok.
budi pekerti cuma kecantikan itu akan bertambah lengkap apabila dia berhenti merokok.
Sebab? Sebabnya, rokok membahayakan kesihatan. Perempuan merokok lebih risiko barah servik dan sebab kedua dia wanita Melayu, Islam dan bertudung!
II
Saya menjadi semakin 'Melayu' sekarang. Kelakar bunyinya walaupun saya ini tidaklah berparas Melayu jati. Tetapi saya tahu saya ini Melayu dalam dan luar.Dulu, saya berjalan-jalan dengan kawan, Ting Mei Yun namanya.
Waktu kami melimpasi sekelompok anakmuda, seorang daripada mereka menegur, 'heh.. mu Melayu buat apa kawan dengan perempuan Cina?,"
Menyirap darah saya. Agaknya darah kawan saya lebih menyirap sebab selepas itu dia menjawab, apa perempuan Cina bukan manusiakah sampai tidak boleh dibuat kawan?
Saya terkedu.
Hari ini, Melayu semakin Melayu, Cina semakin Cina, India semakin India. Sebabnya? Ada kecenderungan yang sangat besar politikus kita bertekad untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing sehabis mungkin.
Saya tertanya-tanya tidak bolehkah kita hidup damai macam dulu. Adakah kerana kapal sudah seakan hendak karam, masing-masing hendak curi sampan dan belayar sendirian ke pulau harapan. Agaknya, kalau saya berjumpa Ting Mei Yun lagi apakah nanti jawapan yang keluar dari mulutnya.
3 comments:
selalu disalah ertikan sebagai cina, sebab nama dan muka pun ala2 kot hahaha...tapi tak kisah, yang penting dalaman tetap berjiwa patriotik dan menyanjung mutlak Islam yang satu..tak gitu Puan Fiza? :)
Heheheh.. setuju ennieva...
Assalamu'alaikum
Kita tidak saling kenal. Ini kali pertama singgah di sini. Jarang sekali meninggal jejak. Singgah pun tanpa dijemput.
Saya agak tertarik membaca patah demi patah melayu yang semakin melayu, cina yang semakin cina, india yang semakin india...lebih-lebih lagi semuanya berada di tanahair sendiri. Tidak indah dipandang mata dan tidak enak ditanggung rasa.
Post a Comment