Monday, November 24, 2008

Apakah Ertinya Ini??


Saya percaya saya manusia yang tidak racist. Saya bersekolah di sekolah aliran Cina sekejap, saya menuntut di universiti yang jauh dari pilihan ramai kerana hendak mendalami kepelbagaian kaum di Malaysia.
Saya didik anak-anak saya, hormati kaum lain. Jangan perkauman. Saya berkawan dengan ramai kawan pelbagai bangsa, boleh bergurau senda dan berSMS pelbagai cerita hingga tengah malam pun.
Dulu, rakan sebelah bilik waktu di kampus bersembahyang mengikut agamanya, memainkan lagu-lagu keagamaan sekuat mungkin saya tidak kisah. Pada saya itu hak dia dalam beragama. Malah saya masih memanggilnya kakak.
Di Ipoh, saya tidak kisah untuk minum air botol atau air tin di kedai bukan Islam. Malah waktu tengahari, saya meneman kawan-kawan (ketika itu saya bekerja di firma guaman) yang bukan Islam di kedai pilihan mereka (ya, kedai India dan Cina). Mereka juga sanggup menunggu saya di tepi masjid sementara saya solat Zuhur atau Asar waktu kami berjalan-jalan di hujung minggu.
Tapi saya sangat terusik hati dengan kenyataan ini. Adakah selama ini toleransi sudah tidak lagi bererti? Bukankah hukum itu hanya untuk orang ISLAM sahaja? Kalau sensitiviti satu pihak saja dijaga, pihak yang lain bagaimana pula?
Seperti saya kata dahulu, saya terasa semakin Melayu dari dulu. Dan, saya tidak suka dengan perasaan itu. Saya mahu terasa saya orang Malaysia macam dulu. Tolonglah... tidak bolehkah kita hidup aman damai macam dulu? Macam zaman Tun M ?

1 comment:

kiranajoe said...

Melayu hanya pada bangsa tapi agama tiada boleh diperjudi...ramai Islam kini terlalu terbuka bila tiba soal agama sehingga kadangkala bukan Islam sendiri mempersenda. Hati betul2 terusik bila ada kawan berbangsa Cina membuka cerita mengenai bangsa Islam di Malaysia yang tidak makan babi tapi gay!Tidak makan babi tapi fasih mengenal jenis arak! siapa mahu jawab??

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...