Tuesday, December 2, 2008

Papandayan

Wahhh... bestnya dapat balik semula ke KL. Selepas seminggu di Garut dan mencabar diri dalam 'fear factor' akhirnya sampai di KL walaupun dengan masalah keracunan makanan yang teruk.
Entah apalah.. bukan seorang dua yang balik saja dari sebelah Jawa Barat tu kena keracunan makanan. Siap MC lagi.. sakitnya adui.. sampai kini terasa.
Apa bestnya Garut? Ha, memang tidak best kalau dibanding dengan Bandung dengan ibarat syurga membeli belah tu. Tapi, Garut yang letaknya sejam drive dari Bandung itu hebat dengan valcano itu.
Dan saya berkesempatan mendaki Gunung berapi Papandayan di tengah Garut. Mula daki jam 2 pagi, sejuknya ya Allah.. lebih teruk dari winter. Menggigil sakan. Terfikir, apsal lah aku tak bawa glove. Mungkin sebab nak mendaki gunung berapi kut jadi suasananya panas lah konon!
Tapi Papandayan memang best giler ! Tambah pula bila melihat matahari terbit dari celah gunung. Cantiknya keindahan alam. Bila nak solat, telekung melayang-layang nyaris dilarikan angin.
Gambar Papandanyan akan diattach kemudian. Sebab, sekarang sedang sibuk dengan stok Aidiladha...

No comments:

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...