Monday, February 16, 2009

Elizabeth Wong & PPSMI



Hati saya panas benar semalam waktu menonton Buletin Utama. Sepanjang hampir sejam (tolak berita sukan, luar negara dan iklan) isunya hanya dua:

1) Gambar pelbagai posisi Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong (dalam internet dua posisi saja)

2) Isu PPSMI

Saya rasa isu yang pertama itu soal politik. Bukan senang nak jadi ahli politik jadi janganlah main terjun saja ke dalam dunia itu. Semua persoalan diambil kira. Betul, BN dan MCA masih menerima Datuk Seri Chua Soi Lek selepas isu skandal seksnya terbongkar, tetapi di mana kedudukannya dalam MCA hari ini selain menduduki tempat kedua selepas Datuk Ong Tee Keat?
Isu moral sangat sensitif dalam politik. Walaupun pengundi di kawasan itu bukanlah 'malaikat' tetapi kebanyakan pengundi mahu wakil mereka adalah 'malaikat'. Jadi, isu moral jadi pertaruhan, wakil rakyat itu pasti akan jatuh.
Silap gaya bukan saja kita perlu by election di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, malah di Bukit Lanjan juga. Jadi sesiapa adun/ahli parlimen yang duduk kawasan bukit jaga-jagalah.. bukan apa..takut jatuh!

Isu kedua lebih hangat dan panas daripada biasa. Betul, sudah enam tahun dilaksanakan kenapa GAPENA baru nak kecoh-kecoh? Apa isu sebenar di sebaliknya?
Saya rasa GAPENA baru 'ada hati' baru 'kuat' atau baru 'bangun tidur' selepas enam tahun. Ok, tak apalah.. laporan polis yang dibuat itu atas dasar cinta pada bahasa. Apa salahnya perjuangan itu walaupun sedikit lewat.
Cuma yang saya geram beberapa penghantar e-mail ke Buletin Utama itu bukan saja menyokong PPSMI tetapi mahu semua matapelajaran diajar dalam bahasa Inggeris. Bak kata anak saya, oh men... kalau begitu di mana nilai dan maruah kita sebagai orang Malaysia dan orang Melayu bila semua matapelajaran diajar dalam BI? Kalau begitu baiklah saya hantarkan anak saya ke sekolah Cina, lagi bagus dan tinggi nilai komersialnya berbanding bahasa Inggeris.
Pasaran Asia lebih luas daripada pasaran Eropah, ekonomi Asia lebih besar dari Eropah, jadi secara automatik belajar bahasa Cina lagi bagus daripada bahasa Inggeris.
Saya terfikir, kalau begitu sekali hendak dipaksakan bahasa Inggeris kepada anak-anak kita, hina sungguhlah bahasa Melayu di bumi sendiri.
Adakah bahasa Melayu itu hanya layak digunakan untuk mengisi borang nikah atau untuk membaca talkin?

5 comments:

Unknown said...

Hati saya sentiasa membara sekiranya berkisar tentang PPSMI. Pagi-pagi lagi hati sudah panas membaca Utusan Malaysia hari ini yang ada komen menyokong PPSMI. Utusan Malaysia bukan lagi "lidah" orang Melayu!

hafizahiszahanid said...

Anuar,

hati org yang percaya pada kekuatan bahasa Melayu akan sentiasa panas lewat isu yang satu ini.

Naj AB said...

Assalamualaikum. Salam perkenalan. Baru kali pertama singgah di sini. Blog yang tajam walaupun nampak bersahaja sekali pandang :). Seronok membaca pantun dan komentar sosial.

hafizahiszahanid said...

Hi Najibah,

Terima kasih kerana singgah...
Selamat berkenalan

aranam said...

Panas juga sering membahang sampai ke sini walaupun saya berada jauh di belakang.

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...