Thursday, April 23, 2009

Dalam Timbunan Buku


Baru berkesempatan menjengah ke Pesta Buku tengahari semalam. Memang terlambat tetapi ada juga hikmahnya. Sebab pergi waktu lepas lunch hour, orang tak ramai kecuali rombongan pelajar sekolah.

Tapi tak bestnya, hanya sempat meluang masa satu jam sahaja. Hanya sempat bertemu 'informer' untuk dapat beberapa maklumat lepas itu beli buku sifir untuk hero di rumah yang setiap pagi sebaik saja celik mata bertanya "mama, 12 X 12 make what?" kadang-kadang bertanya 30 X 40 make what" mamanya ini pun bukan Adi Putra, terkebil-kebil nak mencongak pagi-pagi buta tu.

Jadi, jawapan selamat, nanti ya otak mama belum boleh bergerak lagi. Mandi dulu, makan sarapan baru boleh bagi jawapan. Dan mulut si hero cepat saja menjawab, mama tak tahu kan? Cakap sajalah... emmm.....

Tapi, dalam tidak ramai orang di Pesta Buku itu, gerai novel popular (seperti yang diistilahkan ramai penulis tapi saya anggap ia novel sastera juga tak kiralah apa jenis pun) memang tepat penuh dikunjungi orang.

Gerai Karangkraf yang menempatkan Alaf 21 dan Buku Prima memang penuh, semalam gerai NB Kara, tak ramai orang tapi gerai PTS ramai juga terutama pelajar sekolah. Mungkin mereka mencari novel remaja yang sekarang semakin diminati. Tambah-tambah PTS bagi potongan 25 peratus pada pelajar.

Sempat singgah di gerai ITNM mencari buku Budaya Imperialisme, entah tak jumpa pulak. Akhirnya terjumpa di MPH. Oklah asal ada.

Pesta buku sudah hendak berakhir, kalau yang belum berkunjung silalah. Emm, MPH pun ada buat jualan gudang di PJ sepanjang minggu ini. Wah.. banyaklah habis gaji bulan ini!

* Pic tiada, tak sempat snap !

-----------------------------------------------

Baru balik dari Pesta Buku (lagi) ambil masa dua jam sempena waktu lunch hari jumaat. Wah, ramainya orang kali ini. Dan banyaknya duit saya terbang lagi... oh tidak!!
Tapi ramai wanita dari lelaki. Sana sini wanita dan ha... kebanyakan mereka wanita bertudung. Satu daripada sebabnya tentulah sebab lelaki bersolat jumaat.
Namun, dari satu segi lain, majoriti 'warga pembaca' adalah perempuan. Mungkin agaknya (agaknya lah.. tak pernah ada saya buat kajian pun) novel cinta lebih popular !
Selamat berpesta buku !


---------------------------------------------------

Pergi pesta buku (sekali lagi) kali ini ya Allah... ramainya manusia! Berhimpit-himpit menyesakkan nafas. Namun, beli tetap beli. Maklumlah bersendirian, senang hendak mencapai itu ini dan singgah sana sini.
Esok hari akhir. Siapa belum pergi, silakan. Kalau tidak, tunggu tahun depanlah ya!

8 comments:

ennieva fauzi said...

hehehe..memang best buku2 dia...sempat juger sambar dua novel..baca tak tau bila..hahaha

aranam said...

Seronoknya dia dapat ke pesta buku... :)

hafizahiszahanid said...

Ennieva,
betul best giler, cuma satu buku yg
ku cari2 tak jumpa, kena beli terus
kat penulisnya kut! hahaha

Aranam,
Sempat lagi kalau nak terbang balik
pesta buku abis ahad ni. Mai la :D

aranam said...

Hafizah,

Saya terbang balik setahun cuma sekali. Tahun lepas sekali. Insya-Allah...tahun ini sekali lagi. Itupun kalau masih di sini...kalau tidak, terbang balik teruuus... :)

Shasha said...

oh dah pergi book fair ya..kita nak p today..jap lagi...tak sabar ni..

hafizahiszahanid said...

Aranam,
Wah setahun sekali kira hebatlah tu.
Tashkent tu jauh kan, banyak kali
kena connecting flight kan? saya tau
sebab pernah buat research masa nak
tulis cerpen hehehehe

Kak Chik,
Kita pergi lagi tadi.. heheheheh

ennieva fauzi said...

Ha...baru tau betapa bestnya Pesta Buku ni kan? Lebih2 lagi bagi si First Timer macam u ni hahaha...tahun depan kita borong satu lori la ye

hafizahiszahanid said...

Ennieva,
Ha.. first time.. maklumlah selama ini aku kan kat Borneo, lepas ya kat ipoh nei nemu.. kamek urang sik ada benda ya.. kamek urang ada pesta ngajat ajak bah..

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...