Friday, April 17, 2009

Kawan

Foto Ehsan - kawan blogger yang baik hati

Ada seorang mak nyah yang saya jumpa di sebuah majlis agama kelmarin. Mak nyah itu lemah gemalai langkahnya tetapi cantik, kemas penampilan, rambutnya panjang disepit ke atas (kalau orang Perak panggil -teronsit-). Berbaju hitam lengan pendek dan berseluar denim.

Waktu kami berpapasan di pintu masuk, saya tersenyum padanya dan dia membalas dengan senyum lebar. Senyum yang penuh yakin dan penuh rasa mesra.

Kemudian saya diberitahu dia adalah salah seorang penghuni 'jalan belakang' sekitar Chow Kit. Saya tidak peduli sangat dengan fakta itu tetapi saya sungguh kagum melihat dia. Seorang tetamu di majlis yang sama memberitahu, memang JAKIM selalu mendekati golongan sebegitu mendekati mereka dengan kelas agama yang diadakan dua minggu sekali di sekitar Chow Kit.

"Awak tentu sedih melihat mereka. Ada yang tidak tahu mengucap kalimah syahadah pun ada yang tak tahu baca fatihah malah solat. Mereka hanya tahu puasa,"

Sebab itu kata tetamu itu lagi, pendekatan dalam menegak agama Allah jangan buat dengan kekerasan sepatutnya ia bermula dengan kelembutan dan menyentuh nurani mereka di lubuk yang paling dalam.

Insya Allah, dengan hanya bertindak sebagai kelas mengajar mengaji atau mendirikan solat hati mereka akan terbuka untuk meninggalkan yang mungkar. Sebab, kita dan mereka adalah manusia. Setiap manusia tidak sunyi dari kesilapan. Dan, menghukum mereka dengan prejudis adalah hukuman yang sangat kejam.

Saya senyum saja waktu tetamu itu bercerita. Betul, kadang-kadang kita terlalu prejudis dan mudah menghukum yang mana benar dan tidak yang mana menghuni syurga dan yang mana pula menghuni neraka.

Saya teringat perkenalan dengan seorang lelaki pesakit Aids. Waktu dia menghulur tangan, saya teragak-agak menyambut . Selepas itu saya teringat kembali fakta perubatan, Aids tidak boleh berjangkit melalui huluran salam.

Waktu saya sambut salamnya, dia tersenyum panjang. Katanya tidak ramai orang sudi bersalam dengan pesakit Aids melainkan mereka tidak tahu dia dihidapi Aids. Lelaki itu gigih berjuang sebagai aktivitis HIV/Aids. Bekas penagih dadah tetapi sekarang bekerja sepenuh masa sebagai sukarelawan.

Semakin lama kita hidup semakin ramai manusia yang kita jumpa. Tetapi ada kala prejudis membuat kita membataskan persahabatan. Percayalah, melalui kawan kita mengenal kehidupan, melalui kawan kita mengenal sempadan keburukan dan kebaikan.

8 comments:

aranam said...

Hafizah,

Rasa terharu berterusan. Saya setuju dengan pendapat Hafizah di para terakhir...tentang kawan.

Dan, para lain...membuatkan saya berfikir sejenak. Benar, prejudis ada pada setiap individu. Tidak kira keprejudisan itu ada banyak ataupun sedikit. Memang ada. Dan, perlahan-lahan akan berubah. Insya-Allah.

hafizahiszahanid said...

Aranam,

Betul prejudis selalu ada dalam hati manusia. Prejudis yang buat kita pandang rendah pada orang lain, sungguh tak baik kan?

Shasha said...

Tersentuh juga mendengarnya...saya pun ada ramai kawan mak nyah yang berjawatan tinggi...office hour dia orang kerja dengan pangkat eksekutif...and after that, jadi tauke salun...class!
yang saya tahu, dia sudah jadi rakan saya yang sangat tulus...!!

Shasha said...

err..cantiknya foto ehsan kawan blogger tu...rasa macam pernah nampak...semalam saya ke forum perdagangan uzbekistan..mungkin patung itu saya nampak di sana....hehe..yang seakan-akan mungkin!

hafizahiszahanid said...

Kak Chik,

Ingat tak saya pernah cerita dulu waktu bujang, saya keluar shopping dgn kawan nyah, bebudak lelaki mengorat dia instead of me! heheheheh... caras i betul!
But yes, there are good fren, good ppl & good listener.
Foto tu? hahaha.. siapa lagi yg sedekah kalau bukan kawan kita yg seorang lagi nun jauh kat hujung dunia!

Shasha said...

yup..Fiza...they r very loyal and sincere due to friendship..minggu ni i nak p jumpa mak nyah kat pertama complex, katanya auntie dia buat kek lapis, dia nak bagi I rasa sket..see..hehe

Unknown said...

Eh cik puan ini yang "Parkinson" semalam, bukan?

hafizahiszahanid said...

Anuar,
Parkinson? huh.. apa tu?

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...