Tuesday, May 5, 2009

James Logan & Wolverine


Selepas Star Wars, X Men memang antara filem yang bakal bersambung-sambung mungkin lebih dari enam episod kut. Sekarang sudah ada empat pun.

Sejak kecil saya mengenal X Men tapi ketika itu watak (animated) lebih tertumpu pada Scott Summers dan Jean Grey sesekali Storm. James Logan hanya sesekali melintas begitu juga dengan Beast - Dr. Henry Philip "Hank" McCoy dan Gambit.

Namun apabila satu filem khas untuk Wolverine ditambah dengan X Men Origin pula didepannya, saya jadi teruja hendak menonton. Apa yang mahu diceritakan kali ini?

Berbaloi membayar untuk sekeping tiket wayang berbanding dengan sebuah DVD cetak rompak kerana kesannya lebih mendalam.Terutama watak Logan disuntik dengan meteor dan sewaktu dia bertarung dengan Wade.

Benarlah, kerana dendam dan cinta (sebab Logan mahu sangat membunuh Victor ‘Sabretooth’ disebabkan Karla) manusia sanggup saling membunuh termasuk dengan abang sendiri.

Anehnya, selepas Karla diketahui masih hidup dan mutan pula, Logan masih belum padam berdendam walaupun secara tidak langsung dia sudah memaafkan Karla.

Hugh Jackman dalam X Men Origin tiada satu pun sama dengan Hugh Jackman dalam Australia. Wolverine tampil hidup dan menawan di tangan Jackman. Jadi, daripada bermula dengan mengkagumi Scott Summers dan Gambit waktu zaman anak-anak, bila sudah tua, kagum pula dengan watak James Logan.

Filem ini ganas sikit dan banyak adegan yang tidak sesuai untuk anak-anak rupanya, tetapi saya redah saja sebab sudah bawa Adib & Azra.Mujurnya Adib yang banyak bertanya itu membuat statement, ‘ini filem superhero kan mama, komik kan, tak betulkan?,” Fuh...!

Tapi ahhh.. yang tak bestnya selepas habis movie, perlu buat buat ‘sidang akhbar’ pada Cik Hubby. Bukan sebab dia tidak faham movie tetapi dia tidak fahami siapa dan apa yang saya cakap bila saya bercerita tentang watak-watak lain yang tiada dalam X Men Origin (berdasarkan perkaitannya dalam komik) misalnya Colossus -mutan dari Russia- watak terawal yang diperkenalkan bersama Cyclops di bawah Prof X.

Mujurnya, dia masih sudi meneman ke panggung. Mujurnya dia masih sudi membayarkan tiket dan memandu ke Mutiara Damansara Emm.. bukankah perkahwinan itu kehidupan saling lengkap melengkapi?

6 comments:

Anuar Manshor said...

Bulan Mei ini terlalu banyak movie baru!Maka bertambahlah erat perhubungan suami isteri, bukan? ;)

aranam said...

Seronoknya dia tengok wayang... :)

Fizahanid said...

Anuar,
Bertambah erat... tapi kalau bg
pihak si suami mesti dia kata..
bertambah selirat kepala asyik kena
bayarkan aje! :D

Aranam,
Oi.. seronok boleh keluar pisau
dari tangan dia ~ versi anak saya!

Anuar Manshor said...

Eh jawablah balik..."Tak apa, saya bayarkan duit makan. Awak pilih sahaja nak makan di mana."

*pengalaman~

ennieva fauzi said...

dah tengok..ok lah...tapi Logan cam poyos...aku suka agent Zero sebab dia penjahat yang cute (ada ke?)

Tak kawen pun ok gak...masih boleh gembira ria kadang2 lagi tak sesak kepala (ok ke statement aku nih?)

Fizahanid said...

Anuar,
Pandai.. pandai... :D


Ennieva,
Emmm... em.... errrrr.. :D

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...