Saya sudah lama memiliki novel ini. Rasanya sebaik ia dipasarkan di Malaysia agaknya. Waktu itu saya mula bekerja dan tertarik dengan ringkasan yang saya baca.
Secara ringkas saya tahu tentang A Fine Balance begini -
A Fine Balance buku tulisan Rohinton Mistry yang berlatarkan Mumbai antara tahun 1975 dan 1977. Ada gabungan kisah tentang empat watak dari pelbagai latar – Dina Dalal, Ishvar Darji, Omprakash dan Maneck.
Ia merakam perbuahan dalam masyarakat India sejak merdeka bermula 1947 hingga tahun-tahun pemerintahan Indira Gandhi.
Kenapa tidak buat ringkasan? Sebabnya sejak saya beli, saya tidak pernah khatam. Bukunya tebal dan saya selalu tertangguh-tangguh menghabiskan hingga hilang momentumnya. Rasanya saya perlu baca dari muka surat pertama semula, barulah ada 'feeling'.
Agaknya kalau buku ini boleh bersuara, dia akan kata 'hampehnya' tuan aku! hahahaha..
5 comments:
buku tidak akan berkata hampeh, kecuali tuannya sendiri...buku akan sentiasa menunggu tuannya membelek helaian demi helaiannya walau seribu tahun...teruskan membaca...
Kakchik;
Kata-kata itu membuatkan saya mahu segera menamatkan A Fine Balance yg sudah berkurun dalam almari. TQ sis!
Kira agak baiklah juga. Sebab di Borders banyak terpampang, "Bilik yang tiada buku diibaratkan jasad yang tiada jiwa."
aku pun, payah sangat nak menghabiskan sebuah novel. Kadangkala, bermakan masa berminggu. Macam ko kata, momentum selalu hilang hahaaha alasan...
Anuar,
Aduh, pedihnya... bahasa indah mu menusuk jantung hatiku!
Ennieva,
Hidup sentiasa beralasan.. hahahahah
Post a Comment