Pala Tumpa' Kayau Indau adalah himpunan pengalaman peribadi saya waktu perjalanan hidup membawa saya ke Sarawak, Borneo. Saya sukakan Sarawak - terlalu. Budayanya, kehidupannya dan segala yang manis-manis tentang Sarawak. Ia kenangan yang tidak akan luput selagi saya bernyawa insya allah.
Untuk seorang kawan bernama Lucia, cerpen ini untuk kamu walaupun kamu tidak pernah tahu nama kamu pencetus ilham untuk kawan mu ini.
Untuk anda, nikmati Pala Tumpa' Kayau Indau di Dewan Budaya Jun 2009.
****************
Tapi semua itu mustahil. Emak kandungnya sudah lama meninggal dunia. Sri, adiknya itu juga sudah lama tidak menyentuh Pua. Sejak dia berkahwin dengan Hartono, lelaki Indonesia yang dulunya bersembunyi di Engsebang mencari perlindungan dari Jabatan Imigresen.Hanis tersenyum lebar dari telinga ke telinga sebaik saja 20 model Eropah itu selesai memperagakan koleksi musim luruh rekaan Hanis. Walaupun di bawah jenama Prada, Hanis sudah cukup bangga kerana hasratnya mengantarabangsakan pua kumbu menjadi nyata.
Pua rekaannya diberi sentuhan retro dan diadun dengan gaya kontemporari. Tiada semangat di dalam puanya. Tiada Singalang Burong[1], tiada Kumang yang menenunnya. Ia hanya memiliki semangat Hanis yang ingin maju dan mencipta nama besar dalam industri fesyen dunia. Waktu model mengatur langkah dengan skrit kembang hingga ke tumit dipadan dengan blaus dari jaket cantik berlabuci dengan corak pua yang abstrak seorang lagi model " -
3 comments:
Salam kak,
saya suka sekali cerpen ini!
Hafizah,
Tahniah cerpen menang hadiah sastera Islam.
al-Kurauwi
http://ibnuahmadalkurauwi.wordpress.com
Becky,
terima kasih. akak ada pengalaman mistik waktu menulisnya... hahahah
Ibnu,
terima kasih.
Post a Comment