
Kelmarin berkesempatan menonton GI Joe Rise of The Cobra. Aku bukan pengkritik filem jauh sekali terdidik dalam ilmu filem. Aku menonton filem untuk memuaskan hati sendiri dan sebahagian daripada agenda ‘outing’ dengan hubby (sebelum pandemik H1N1).
Jadi, aku ini tidak tahu berteorilah tentang filem, ini ulasan suka-suka sendiri. Selalunya aku cenderung memilih filem yang fiksyen sains dan perang-perang hehehehe..) tetapi terkadang melayan juga filem yang romantis macam emm... Star Wars? hahaha... entah sebenarnya tak ada filem romantis pun yang aku tonton di panggung.
Waktu menonton GI Joe, aku terfikir adakah akan mengalami kekecewaan yang sama seperti menonton Transformers Revenge of The Fallen?
Dan memang pun.. aku memang aduh.. boleh terasa macam hendak tidur dalam letupan-letupan senjata api dan aksi-aksi kung fu ala Ray Park (yang berlakon tanpa sepatah kata pun) ya.. lets the body do the talking.. upss!
Aku terasa sayangnya bakat Sienna Miller setakat menjadi Boraness Ana dan Wayan ..emm.. aku teringat The White Chick.
Keseluruhannya? Aku lebih selesa menonton Dolce Amira, tv siri di TV3.