Tuesday, August 25, 2009

Uwaaa... ngantuk !



Kelmarin berkesempatan menonton GI Joe Rise of The Cobra. Aku bukan pengkritik filem jauh sekali terdidik dalam ilmu filem. Aku menonton filem untuk memuaskan hati sendiri dan sebahagian daripada agenda ‘outing’ dengan hubby (sebelum pandemik H1N1).

Jadi, aku ini tidak tahu berteorilah tentang filem, ini ulasan suka-suka sendiri. Selalunya aku cenderung memilih filem yang fiksyen sains dan perang-perang hehehehe..) tetapi terkadang melayan juga filem yang romantis macam emm... Star Wars? hahaha... entah sebenarnya tak ada filem romantis pun yang aku tonton di panggung.

Waktu menonton GI Joe, aku terfikir adakah akan mengalami kekecewaan yang sama seperti menonton Transformers Revenge of The Fallen?

Dan memang pun.. aku memang aduh.. boleh terasa macam hendak tidur dalam letupan-letupan senjata api dan aksi-aksi kung fu ala Ray Park (yang berlakon tanpa sepatah kata pun) ya.. lets the body do the talking.. upss!

Aku terasa sayangnya bakat Sienna Miller setakat menjadi Boraness Ana dan Wayan ..emm.. aku teringat The White Chick.

Keseluruhannya? Aku lebih selesa menonton Dolce Amira, tv siri di TV3.

4 comments:

aranam said...

Tak best ye... :)

Teringat masa tengok Transformers dengan keluarga. Anak yang paling kecil siap tanya...bila nak habis? bila nak balik?...padahal sebelum tu, dia yang beria-ia sangat nak tengok.

hafizahiszahanid said...

Aranam,

Emmm.. tak bestlah.. mungkin bukan
selera saya. :D

ennieva fauzi said...

memang ditakdirkan ko ni penonton tegar La Dolce Amira, Kisah Kaisarah, Puteri dan seangkatan dengannya. Tahniah, kalau tak ko mencintai drama melayu, sape lagi ek? :)

hafizahiszahanid said...

Ennieva
Release tensionlah! hari bekerja aku
bergelumang dgn seknikei medical
tu boleh buat kepala meletup oooo...

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...