Friday, August 14, 2009

Novel Bersiri di BM

PIC FROM HERE




Wajah baru Berita Minggu akan memuatkan novel bersiri. Emm.. ini bukan 'territory' saya ni untuk mengkhabarkan berita ini (maaflah encik Kawat)

Tapi saya tertarik dengan idea kepimpinan baru akhbar ini. Di waktu orang Melayu sekarang ini hanya tinggal bahasa, budaya dan sastera (yang pun nyawa-nyawa ikan) untuk dipertahankan, usaha ini cukup bagus. ( Tak payah cakap soal politik kut, sebab kita sendiri selaku orang Melayu pun tahu senario politik sekarang).

Apapun, bila siaran novel bersiri ini akan bermula belum diputuskan dan siapa pula penulis yang diberi mandat dan kepercayaan pun belum diputuskan. Semuanya perlu tungguuuuu..

Dan oh ya, seperti saya kata ini bukan 'territory' saya untuk bercakap soal ini, jadi maklumat terperinci tidak dapatlah hendak diberi. Cuma saya teruja hendak membaca siaran novel bersiri itu nanti. Selamat membaca.

2 comments:

mohamadkholid said...

harap-harap bukan novel biasa-biasa atau novel cinta diislamikan...

Fizahanid said...

Mohmadkholid -
Ha, itu kena beli ahad ni tau..
saya pun punya harapan serupa!

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...