* Saya teringat sungguh pada kawan baik di kampus dulu, Asiah Yusuf namanya. Catatan ini saya terbit di blog lama bertarikh 1 Ogos 2005. Hingga kini, setiap kali saya merindui Kak T, saya suka baca catatan lama ni.. hehehe.. anehkan?
Saya dan Kak T sudah terputus hubungan sejak tiga tahun lalu. Emm.. rindu rasanya hendak berborak macam dulu.
Maaf, terlebih melankolik pulak.. hehehehe... !
Monday, August 01, 2005
Sepanjang Jalan Kenangan
Semalam, seorang sahabat lama menelefon. Sahabat yang saya kenal sudah 10 tahun. Orang pertama yang saya jumpa waktu menjejak kaki ke airport untuk melanjutkan pelajaran 10 tahun lalu. Orang pertama juga yang saya minta tolong kerana saya tidak pandai mengunci pintu bilik. Saya panggil dia Kak T.
Orang yang saya sangat percaya, sentiasa ada di sisi waktu memerlukan - walau saya kadang kala saya selalu tiada di sisinya waktu dia perlukan saya, kenapalah saya ini teruk sangat tapi dia masih sudi kawan dengan saya -.Enam tahun lalu waktu dia bernikah, saya sanggup pulang ke kampung sedangkan tarikh kepulangan itu dengan tarikh pernikahannya selang seminggu.
Saya sudah terlupa apakah sebabnya, tapi rasanya sesuatu yang dekat dengan hati tapi jauh dari sanubari. Zaman kampus selalu mengundang nostalgia yang tersendiri. Agaknya hanya saya seorang saja yang suka mengenang nostalgia lama. Teringat waktu kami ke sana sini bersama. Kak T ada kereta dan selalu membawa saya dan beberapa teman lain menikmati kehidupan malam... hehehehe sesuatu yang saya belajar dari Kak T dan seorang lagi senior Anne Grace.
Kami selalu duduk berbual entah hingga jam berapa, sedar-sedar saja seluruh kampus sudah sunyi dan barulah masing-masing menguap-nguap dan masuk ke bilik.Paling saya ingat Kak T pernah masak untuk saya waktu saya demam teruk dan meredah malam menghantar saya yang separuh lembik ke klinik.Rasanya terlalu banyak kenangan manis dalam persahabatan. Kami juga sudah terpisah lapan tahun lalu.
Kak T sudah enam tahun berhijrah ke UK, mengikut suami yang ketika itu buat housemanship di Notthingham.Sekarang saya tidak pasti Kak T di mana dalam sayup-sayup suara di hujung telefon semalam. Saya ada bertanya tapi yang saya dengar 30 minit dari London dengan train, yang lain-lain dibawa lari angin senja.
Dalam hidup ini, kita tidak akan selalu bertemu mereka yang baik-baik, sedia memahami dan membantu. Dalam hidup ini juga kita tidak akan selalu menjadi mereka yang baik-baik, sedia memahami dan membantu. Saya berterima kasih untuk semua pengalaman pahit dan manis sepanjang jalan kenangan.
Wednesday, October 28, 2009
Tuesday, October 27, 2009
Barah & Tabah
Saya berkenalan dengan seorang ibu beranak dua, usianya baru 33 tahun. Lahir dalam keluarga kaya dan dia juga bukan setakat kaya harta tetapi budi bahasa.
Kemudian, dalam usia muda itu dia diduga dengan hebat sekali. Dia didiagnos dengan barah payu dara - tahap empat!
Saya ingat waktu dia berkata pada saya, 'saya tidak lahir dalam keluarga yang ada sejarah barah payu dara, sebelum ini pun saya jarang sakit dan saya aktif bersukan, saya anggap ini ujian daripada Allah dan ada hikmah di sebaliknya,'
Sungguh, sebagai umat Islam segala-galanya adalah ketentuannya.
Lalu, waktu kenalan itu sungguh kuat semangatnya untuk sembuh demi dua anak yang sedang membesar, saya kagum padanya.
Orang yang tidak kuat semangat, didiagnos dengan barah tahap empat, ada yang meraung, murung, tidak keluar rumah dan hanya mahu menghitung detik untuk mati.
Namun, kenalan ini dia masih hidup normal. Dia masih kuat semangat. Dia masih 'hidup' untuk anak dan keluarganya. Paling utama katanya, dugaan ini mendekatkan dia lagi dengan Allah.
Saya kagum.
Saturday, October 24, 2009
Tulis!
Pic from here
Saya sangat menyukai karya-karya Siti Zainon Ismail. Dulu, setiap kali ingin menulis saya akan baca karya-karyanya bagi menaikkan semangat.
Saya sangat menyukai karya-karya Siti Zainon Ismail. Dulu, setiap kali ingin menulis saya akan baca karya-karyanya bagi menaikkan semangat.
Macam mana menulis karya kreatif? Dapat idea dari mana? Aduh.. soalan-soalan begini memang terlalu kerap diajukan kepada penulis.
Namun, jujurnya saya selalu merasakan saya ini bukanlah penulis besar pun dan tidaklah begitu hebat. Ada ramai penulis lain yang jauh lebih baik dari saya.
Jadi, kadang kala saya amat segan untuk menjawab soalan itu. Selalunya saya diam saja dan selebihnya saya senyum. Sungguh saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya.
Namun bila difikirkan balik, soalan itu dituju kepada saya, dan mungkin orang yang bertanya itu ikhlas bertanya (sebab entah kenapa saya terfikir soalan itu macam menyindir pula.. :D), saya pun jawab jugalah tetapi tidak pasti jawapan itu tepat atau tidak. Mulakan dengan;
1) Menulis
2) Membaca
Tetapi bagaimana hendak memulakan penulisan? Dan soalan itu akan bersambung dan bersambung dan bersambung.
Emm.. kalau ditanya bagaimana menulis berita atau rencana saya ada jawapan. Sebab saya sudah 10 tahun dalam bidang kewartawanan. Mungkin sedikit sebanyak saya boleh berkongsi pengalaman.
Namun dalam dunia penulisan walaupun sebenarnya sudah 15 tahun menulis tetapi saya berhenti menulis karya kreatif 10 tahun bermula 1994. Hanya pada 2004 saya lahirkan novel pertama seterusnya 2005 memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam.
Selebihnya sampai kini hanya cerpen-cerpen di media, melepaskan ketagihan menulis karya kreatif atau sebagai escapism selepas tidak boleh menulis sesuatu isu dalam bentuk berita dan rencana.
Jadi, pada soalan bagaimana menulis dan mendapat idea itu, saya angkat tangan.
Saya sukar menjawab soalan sebegitu mudah.
"Dari melihat orang," saya pernah jawab begitu.
Namun, orang yang bertanya ketawa dan berkata, "janganlah main-main, saya serius ni,"
Aduh.. adakah jawapan saya tidak serius?
Friday, October 23, 2009
Dan Apabila Mereka Lupa Diri !
pic from here
Gambar tiada kaitan dengan tulisan. Diletakkan sebab cantik dan saya terfikir adakah semua orang Melayu masih punya budi bahasa zahir dan batin secantik ini lagi?
Dan apabila Melayu lupa kepada akar keMelayuannya, apakah kita layak mengelarnya Melayu?
Dan, apabila perlembagaan menulis Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu adakah kita wajar mempertikaikan keIslamannya? Ok, mungkin saya sudah terlebih emosi pula di sini.. maafkan saya.
Namun, saya tertanya-tanya pada satu pagi, apabila sebaik saja menatap berita apa yang saya baca adalah kisah-kisah orang Melayu yang mula lupa pada akar keMelayuannya.
Apabila Melayu mempertikaikan budaya, agama dan bahasa ibunda sendiri sedangkan dia lupa dia menyarung identiti Melayu.
Mungkin dia mahu menafikan dia Melayu kerana namanya nama Arab, bukan nama Melayu, paras juga seakan-akan tidak lagi Melayu, namun penafian yang begitu lebih membuatkan dia menjadi manusia buta hati dan jiwa pada bangsa.
Oh, kenapa saya marah? Sebab saya tidak faham pada segolongan manusia Melayu yang masih mahu memperjuangkan kepentingan dan kehendak peribadi berbanding keperluan dan tuntutan survival satu bangsa.
Menjadi Melayu di Malaysia, kamu harus kuat, tabah, cekal dan bersemangat sangat waja. Kerana laluan getir itu disusahkan lagi oleh segelintir manusia Melayu juga.
Jadi kalau sudah diputuskan PPSMI itu dimansuhkan, apa lagi yang mahu ditegakkan untuk membuat dia kembali berdiri? Memberi Anugerah Sasterawan Negara untuk bahasa-bahasa lain juga?
Maaf, kalau saya emosi. Tapi sungguh, hari ini saya semangat saya sungguh 'melayu', bagai bunga kembang tak jadi.....
Friday, October 2, 2009
Oktober Penuh Cinta
Pic from here
Baru dua hari di bulan Oktober.
Namun oktober dua hari ini penuh cinta.
Ulang tahun kelahiran dua minggu lagi - saya sudah dapat hadiah hari lahir dari suami, terima kasih atas ingatan.
Dan di Jelita Oktober, ada kisah cinta antara ibu bernama Nadine dan perjuangannya mendapatkan kembali anak kecil bernama Dhamiri yang dipisahkan oleh si bapa atas sebab Nadine bukan Islam.
Cerpen ini sudah setahun saya tulis namun baru Oktober ini rezekinya disiarkan. Terima kasih.
Tiada gambar Jelita Oktober tiada juga petikan cerpen sebab semuanya sudah ranap waktu lap top saya rosak tidak berapa lama dulu.
Nikmati Cinta Seluhur Nadine di Jelita Oktober!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bukan Wanita Biasa
KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera. Mei 11, 2020 09:00 +08 | Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...
-
Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...
-
Isu yang dibawa dalam novel Perang Sangkil tulisan Akiya ini adalah isu yang sangat besar. Ia adalah kisah yang tercicir dalam put...