Saturday, October 24, 2009

Tulis!

Pic from here
Saya sangat menyukai karya-karya Siti Zainon Ismail. Dulu, setiap kali ingin menulis saya akan baca karya-karyanya bagi menaikkan semangat.


Macam mana menulis karya kreatif? Dapat idea dari mana? Aduh.. soalan-soalan begini memang terlalu kerap diajukan kepada penulis.

Namun, jujurnya saya selalu merasakan saya ini bukanlah penulis besar pun dan tidaklah begitu hebat. Ada ramai penulis lain yang jauh lebih baik dari saya.

Jadi, kadang kala saya amat segan untuk menjawab soalan itu. Selalunya saya diam saja dan selebihnya saya senyum. Sungguh saya tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya.

Namun bila difikirkan balik, soalan itu dituju kepada saya, dan mungkin orang yang bertanya itu ikhlas bertanya (sebab entah kenapa saya terfikir soalan itu macam menyindir pula.. :D), saya pun jawab jugalah tetapi tidak pasti jawapan itu tepat atau tidak. Mulakan dengan;

1) Menulis
2) Membaca

Tetapi bagaimana hendak memulakan penulisan? Dan soalan itu akan bersambung dan bersambung dan bersambung.

Emm.. kalau ditanya bagaimana menulis berita atau rencana saya ada jawapan. Sebab saya sudah 10 tahun dalam bidang kewartawanan. Mungkin sedikit sebanyak saya boleh berkongsi pengalaman.

Namun dalam dunia penulisan walaupun sebenarnya sudah 15 tahun menulis tetapi saya berhenti menulis karya kreatif 10 tahun bermula 1994. Hanya pada 2004 saya lahirkan novel pertama seterusnya 2005 memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam.

Selebihnya sampai kini hanya cerpen-cerpen di media, melepaskan ketagihan menulis karya kreatif atau sebagai escapism selepas tidak boleh menulis sesuatu isu dalam bentuk berita dan rencana.

Jadi, pada soalan bagaimana menulis dan mendapat idea itu, saya angkat tangan.
Saya sukar menjawab soalan sebegitu mudah.

"Dari melihat orang," saya pernah jawab begitu.

Namun, orang yang bertanya ketawa dan berkata, "janganlah main-main, saya serius ni,"

Aduh.. adakah jawapan saya tidak serius?

7 comments:

Nissa' Yusof said...

masa MPR saya dulu, mentor kami (senior-senior MPR) sudah beritahu, soalan inilah yang paling pantang ditanya kepada penulis. sebab penulis tak akan tahu macam mana nak jawab!

tapi betul, itulah yang selalu menjadi tanda tanya :)

Fizahanid said...

Nissa,

Sangat setuju.

Ia pakai soalan paling pantang ditanya pada journalist, "errr.. bila story ni nak keluar?,"

kiranajoe said...

alamak, saya la yg selalu tanya macamana akak dapat idea tulis cerpen/novel...huhuhu lepas neh saya tak tanya lagi ye sb saya tau macama tensennya rasa bila ada yg tanya bila story nak kuar terutama dari PR yg macam tak reti bahasa tu.

Fizahanid said...

Cik Kirana,
hahahaha.. baguslah awak terasa!

err.. bila story earphone i tu nak keluar? hahahahaha

Bintang D'hati said...

Salam,nak tanya gak ni... Apa nk buat bila idea menulis 'stuck' ? Hehehe ada tips x?

Fizahanid said...

Cik Bintang,
Emmm.. macam mana ye? bergantung pada apa yang ditulis.
kalau story - saya akan ajak/paksa kawan2 pergi minum kopi/teh.
kalau karya kreatif - saya ZZZZZZZZ

Bintang D'hati said...

Jom jumpa n minum2 hari sabtu kat the mall :-)

Apa ada dengan Aku Anjing ?

Aku Anjing mungkin tajuk yang mengejutkan untuk sebuah kumpulan cerpen. Namun bagi pengarang, Saifullizan Yahaya, Aku Anjing dipil...