Friday, October 23, 2009

Dan Apabila Mereka Lupa Diri !





pic from here
Gambar tiada kaitan dengan tulisan. Diletakkan sebab cantik dan saya terfikir adakah semua orang Melayu masih punya budi bahasa zahir dan batin secantik ini lagi?




Dan apabila Melayu lupa kepada akar keMelayuannya, apakah kita layak mengelarnya Melayu?
Dan, apabila perlembagaan menulis Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu adakah kita wajar mempertikaikan keIslamannya? Ok, mungkin saya sudah terlebih emosi pula di sini.. maafkan saya.

Namun, saya tertanya-tanya pada satu pagi, apabila sebaik saja menatap berita apa yang saya baca adalah kisah-kisah orang Melayu yang mula lupa pada akar keMelayuannya.

Apabila Melayu mempertikaikan budaya, agama dan bahasa ibunda sendiri sedangkan dia lupa dia menyarung identiti Melayu.

Mungkin dia mahu menafikan dia Melayu kerana namanya nama Arab, bukan nama Melayu, paras juga seakan-akan tidak lagi Melayu, namun penafian yang begitu lebih membuatkan dia menjadi manusia buta hati dan jiwa pada bangsa.

Oh, kenapa saya marah? Sebab saya tidak faham pada segolongan manusia Melayu yang masih mahu memperjuangkan kepentingan dan kehendak peribadi berbanding keperluan dan tuntutan survival satu bangsa.

Menjadi Melayu di Malaysia, kamu harus kuat, tabah, cekal dan bersemangat sangat waja. Kerana laluan getir itu disusahkan lagi oleh segelintir manusia Melayu juga.

Jadi kalau sudah diputuskan PPSMI itu dimansuhkan, apa lagi yang mahu ditegakkan untuk membuat dia kembali berdiri? Memberi Anugerah Sasterawan Negara untuk bahasa-bahasa lain juga?

Maaf, kalau saya emosi. Tapi sungguh, hari ini saya semangat saya sungguh 'melayu', bagai bunga kembang tak jadi.....

3 comments:

ennieva fauzi said...

Emosi saya turut menggelegak membaca artikel mengenai dia yang meminta dikembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sedangkan terang2 nama Melayunya...agaknya dia lupa dengan kata2 keramat pahlawan Melayu, Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Saya yakin orang seperti inilah yang akan membuatkan Melayu bukan saja hilang, malah pupus terus.

Bintang D'hati said...

Begitulah jika melayu jika di bibir je...sedangkan jiwa melayunya 'layu',.. Jika pembelajaran matematik dan sains dlm bah.inggeris dijalankan semula..akan kenyanglah tembolok2 org2 itu SEKALI LAGI ! Ramai dah tahu kot siapa yg sendawa kenyang dgn penerbitan buku2 pembelajaran tsebut...

hafizahiszahanid said...

Cik Ben & Cik Bintang -
Mari baca Letter to Editor di NST
27 oct 09.
Tulisan warga Malaysia bernama
Narinder Pal Singh dr Seremban.
Tulisan itu sangat bagus dan kalau orang itu baca, agak-agaknya dia malu tak mengaku dia Melayu?

Bukan Wanita Biasa

KLWBC 2020: Bukan Wanita Biasa Zainal Rashid Ahmad wartawan dan penulis sastera.   Mei 11, 2020 09:00 +08  |  Durasi: 10 minit, 38 saat SENA...